Semangat patriotik tetap bersemarak bagi anak-anak Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Jugra biarpun sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 diadakan secara tertutup dalam norma baharu berikutan penularan virus Covid-19. Sambutan ini diadakan di lobi PPKI SMK Jugra pada 28 Ogos yang lalu. Seramai 30 orang murid dan semua guru PPKI SMK Jugra terlibat dalam sambutan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu-lagu patriotik. Puan Vasundara Devi a/p Perumal Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Jugra berasa sungguh gembira dan bersemangat ketika melaungkan merdeka!
"Pada saya, sambutan kali ini adalah sangat positif. Walaupun dalam kita mengamalkan SOP, namun kita berjaya melaksanakan sambutan ini dengan meriah. Merdeka! Merdeka! Merdeka!" kata Cikgu Zul Husni salah seorang guru PPKI SMK Jugra.
Seorang murid PPKI bernama Amir pula menyatakan perasaan sungguh gembira meraikan Hari Kemerdekaan bersama rakan-rakannya.
Disediakan oleh,
Cikgu Suzie
No comments:
Post a Comment