Saturday 28 March 2020

PANTUN MUHASABAH DIRI ( KARYA CIKGUGA )


Burung serindit mencari makan,
Pohon berduri  sayap terluka;
Jangan lupa membasuh tangan,
Gunalah topeng penutup muka.

Cincin emas cincin  suasa,
Dipakai oleh si dara peramah;
Patuhi  arahan pihak berkuasa,
Bersama keluarga kekal di rumah.

Daun semambu di atas dulang,
Buat ikhtiar penyembuh luka;
Covid 19 muncul tanpa diundang,
Hadir membawa seribu petaka.

Burung berkicau di pagi hari,
Mencari makan di pohon berangan;
Bersama kita  muhasabah diri,
Kekhilafan diri menjentik keinsafan.

Bunga melati mekar berbunga,
Cantik dipandang subur di lembah;
Virus menular dengan cepatnya,
Membawa musibah menyingkap hikmah.

Rama – rama terbang selesa,
Menjadi penyeri alam buana;
Pohon keampunan pada yang Esa
Agar dijauhi bala bencana.

Karya
CikguGA

# StayAtHome
# PKP 27/03/2020

Thursday 26 March 2020

Gagal💔 ( Hasil Karya Sue Suni)

Anda mungkin pernah gagal bukan? 
Dalam belajar,
Dalam hidup, 
Atau mungkin dalam mencari pasangan yang serasi dengan hati anda. 

Aku juga pernah gagal. 

Gagal seperti yang anda hadapi, 

Gagal dalam diam...

Gagal dalam mencari cahaya - Nya. 
Gagal dalam mencari siapa diriku yang sebenarnya.
Yang terkadang aku juga tidak berasa diri ini adalah diriku sendiri.

Sentiasa berubah-ubah,

Tahap keimanan,
Gagal istiqamah.

Sebuah "cerita" itu, tiada penamat yang menyedihkan, 

jika kita sebagai "pemeran utama" tidak menyalahi takdir. 
Justeru, terus melangkah ke depan dengan syariat tanpa menoleh ke belakang. 
Tapi hakikatnya semua bermula daripada diri sendiri.

Cerita ini baru sahaja bermula.

Kini berada di kemuncak,
Entah bila kan berakhir.
Mungkin 1 atau 2 bulan atau terkadang lebih.
Keadaan ini,
Dapat membuatmu berhenti berharap,
Kerana tiada solusi pada saat genting seperti ini. 

Cerita ini,

yang mungkin dapat menyenangkan hati para pembaca,
Sebenarnya duka,
bagi si pemeran utama. 

Pada mata kasar sebenarnya gagal.

Malah berterusan gagal, hingga hampir berputus asa. 

Namun,

Tatkala melihat insan yang tercinta,
Terus bangkit dari nyenyak tidur yang lama,
Tersedar  akan nikmat dunia itu akan habis pada masanya. 

Pada solusi akhirnya, merintih pada Yang Maha Esa. 

Mengharapkan pelukan dalam kegagalan supaya diberi kekuatan yang tidak akan habis pada waktunya. 

Gagal dalam diam, 

Gagal itu pasti,
Putus asa itu tidak sesekali.

*إذ صدق العزم وضح السبيل*

Jika ada keazaman yang jitu, pasti akan terbentang jalannya. 

Hasil Karya

Sue Suni
٢٠٢٠/٣/٢٦

SAJAK: DI PENJARA INI ( Karya CikguGA)



Terkurung di sini
Bebas namun terikat
Bukan kerana tirai besi
Bukan kerana hukuman berat
Hanya terkurung di penjara baiti

Baru kini kuterasa erti sebuah kebebasan
Baru kini kuterasa makna kesihatan
Baru kini kuterasa maksud kemerdekaan
Yang dilaungkan  perajurit terdahulu
Bezanya kini
Kemerdekaan  putusnya jaringan covid 19

Ayuh, sahutlah seruan kerajaan!
Patuhilah larangan
Bersatu,
Bukan melawan  penjajah
Tapi melawan virus durjana
Meski lautan  bergelombang
Kita kemudikan bahtera mengikut nakhoda
Agar berjaya mengharungi ganas samudera

Hari ini makanan dicatu
Hari ini tiada  pembaziran
Hari ini  kesihatan  menjadi keutamaan
Hari ini sebuah keluarga bertambah erat
Sesungguhnya pasti ada hikmah terselindung

Semoga kita terus kuat
Semoga barisan hadapan juga kekal bersemangat!

Nukilan
CikguGA

#Stayathome


#PKP

Cerpen Mama Pejuang Negara ( KARYA CIKGUGA )

Tiba – tiba mataku masuk habuk petang ni. Terima kasih cikgu, itu yang dapat aku luahkan apabila mendapat whatsApp daripada anak sulungku.  Kakak Najwa  menghantar pesanan yang dihantar oleh  guru kelasnya.  Kata – kata penuh semangat diberikan pada anakku. Menitis air mataku apabila membaca pesanan tersebut.  "Mak awak nurse kan?  Mak awak wira negara, nanti keadaan dah settle, cikgu nak belanja  awak dan keluarga satu bucket  KFC tau.  Tak terkira jasa mak awak nak dibandingkan dengan cikgu,” Itulah antara ayat-ayat yang ditulis oleh guru kelasnya. "Ya Allah, sebak rasa didada, terharu pula mama baca, kakak Najwa bagi tahu cikgu,  mama ucap  terima kasih tau." Anak sulungku hanya menjawab okey mama. Aku tahu dia sangat rindukan aku saat ini.  Inilah masanya setiap profesion saling melengkapi dan saling membantuHati kecilku tersentuh dengan ayat  guru itu. Penuh kasih sayang memberi semangat buat puteri sulungku.
 "Mak awak  hebat, sampaikan ucapan terima kasih cikgu kalau ada kesempatan. Mak yang hebat, anak dia pun mesti hebat juga,  Najwa kena kuat tengokkan adik tau. Berperang dengan virus ni bukan orang biasa – biasa je boleh.Kerja macam  mama awak ni lah   kita semua patut berterima kasih. Mak awak ialah  perwira negara. Semoga Allah sentiasa melindungi mama Najwa" Ya Allah, mulianya guru ini. Prihatin sungguh dia kepada anak muridnya. Guru sebeginilah yang menjadi kekuatan kepada anak murid dan aku tidak menafikan betapa layaknya , seorang guru itu digelar ibu bapa kedua kepada murid-murid.  Kata- kata itu sememangnya telah menguatkan semangat kakak Najwa. Malahan kata-kata yang ditulis itu telah menyakinkan bahawa Aku bangga menjadi juru rawat. Ku kira program guru penyayang  telah mencapai matlamatnya.  Seorang murid amat menghargai kata- kata gurunya dan sangat gembira apabila ada guru yang mengambil berat akan dirinya.  Aku tahu dia sedih tapi dia tetap tunjukkan sikap tenangnya itu. Allahu ...terasa lega seketika apabila  seorang guru turut mengambil berat keluarga kecilku.
 Teringat kembali, semasa nama ku dipilih menjadi barisan hadapan. Sedih, bimbang, takut bercampur baur. Namun pabila mengenangkan negara, aku kembali tersenyum, inilah masanya untuk aku buktikan aku sayang negaraku. Kepentingan negara aku dahului daripada kepentingan keluarga. Sama seperti tentera yang berjuang di medan perang demi mempertahankan negara. Cuma tentera melawan musuh, aku merawat pesakit. Malam itu sebelum ke medan perang, sempat juga aku berbual – bual dengan anak bongsu kecilku yang tidak tahu apa- apa. “ Esok mama kena bertugas di Hospital Sungai Buloh tau,” kataku memulakan bicara.  “Ala, mama adik nak ikut,” kata Ehsan cuba memujukku. Ada titisan air mata turut membasihi pipinya. “Mama kerjalah sayang” ujarku lagi dengan ceria. Seboleh – bolehnya ingin ku simpan rahsia itu. Tak sampai hati melihat dia menangis mengiringi langkahku nanti.  Keesokkannya ku peluk sekujur tubuh yang sedang tidur, ku cium pipinya , ku renung wajahnya sedalamnya. Mungkin berjumpa lagi atau pun tidak. Hanya takdir bisa menjawabnya. Aku bungkam dalam perasaan ini. Ya Allah jagakan dia untukku, selamatkan aku juga agar aku kembali menemui permata hati dan cinta hatiku. Kukucup tangan suamiku.  Memohon restu melangkah ke medan perang  yang sukar melihat musuhnya. "Abang, maafkan Lisa tau, halalkan makan minum, jaga anak kita baik – baik.  Doakan Lisa dapat melakukan tugas ni dengan baik. “Insyaallah  ayang,  doa abang sentiasa mengiringi langkah Lisa. Lisa pun kena hati – hati tau. Jangan bimbang abang dan anak- anak di rumah."
Dalam beberapa hari berkampung di medan ini ,kekuatan mental kadang- kadang koyak. Sebenarnya aku letih, letih dengan sikap manusia yang tidak berlaku jujur.  Petugas  frontliner  memang terdedah dengan risiko virus ni. Jangan menipu , kasihani kami staf yang bertugas  terpaksa dikuarantinkan kerana penipuan. Baru sebentar tadi aku menerima berita sedih ini. Semoga kawan- kawan seperjuangan  terus kuat dalam tempoh kuarantin dan semoga resultnya negatif.  Jujurlah dalam memberi maklumat. Risiko bukan sahaja pada pesakit malah pada doktor dan jururawat seperti aku. Berpanas sepanjang hari dengan menyarungkan baju plastik lagi. Kadang kala letih,  takut nak makan, takut nak balik rumah.  Macam – macam perasaan bermain di benak. Belum dikira lagi rindunya pada anak – anak di rumah. Belum dikira lagi rindu pada suami tercinta, Belum dikira dikira rindu pada ibu ayah di kampung. Kekuatan mental dan fizikal perlu seiring agar mental tak  koyak dipertengahan jalan. Aku teringat kata – kata yang ku baca dalam majalah solusi.  Rasullullah berpesan “ Orang yang pengasih akan dikasihi Allah,”. “ kasihilah penduduk bumi, nescaya kamu akan dikasihi penduduk di langit.” ( Riwayat Ahmad ).  Aku susun  langkah, ku kuatkan semangat untuk terus berbakti.
Sesekali masa yang terluang ku sempatkan bertanya khabar kepada anak-anak. "Kakak , adik macam mana?, adik nangis tak, tanya aku pada zuriat sulungku itu, pada dialah tempat aku meluahkan rasa.  Adik nangis juga rindukan mama. Tapi mama jangan bimbang. papa pandai pujuk adik” ujarnya melegakan  perasaan  rindu ini. " Mama, jaga diri baik – baik tau. Kakak, adik dan papa sentiasa doakan mama agar mama terus kuat demi negara".  Semangat anak kecil ini kuserap sebagai bekal  untuk aku harungi cabaran tanpa  insan tersayang di sisi.
Hanya kata- kata semangat dijadikan bekalan.. Teringat pesan ustaz Ebit Lew dengan penuh kasih sayang. “ anda  semua pejuang berjihad barisan hadapan sekali. Besar nilai seseorang berjihad dijalanNya"Ungkapa jihad dan mencari keredhaanNya jugalah sebagai sumber aku terus bertahan sehingga saat ini."Tiada siapa boleh kira pahala dan kebaikan kakak semua ketika ini. Betapa sayangnya Allah dengan pengorbanan semua.  Setiap peluh, letih, pening, lapar semuanya hanya Allah yang balas”.  Ujar ustaz. Aku amat terharu dengan bantuan semangat spiritual yang diberikan.  Kata- kata ustaz ini,  ku pegang dan kusemat dalam lubuk hati paling dalam.  Terima kasih ustaz, terima kasih warga Malaysia.  Semoga wabak ini  cepat hilang kerana aku juga ingin pulang. Pulang ke pangkuan keluarga. Amiin.

Cerpen Mama Pejuang Negara   


KARYA
 CIKGUGA 


# I STAYED AT WORK FOR YOU
# YOU STAY AT HOME FOR US
# PKP


Managing Your Time Indoors by Norkhairunisya



As many people have known, citizens from all around the world had been asked by the government to stay indoors for fourteen days due to the well-known virus that has been spreading for almost four months. This virus previously was known as the Coronavirus Disease 2019, and later was named as COVID-19. Citizens are asked to stay indoors as to avoid the spread and thus to stop the chain of the virus. This is because the virus can spread just by inhaling droplets if virus in the air resulted from coughs and sneezes by an infected person. The virus can also be spread by touching a surface or an object that is previously touched by an infected person, and then touching their own eyes, nose or even mouth. 


One of the most important steps in keeping yourself safe from the virus is to regularly wash our hands with soap or use hand sanitizers. Citizens are advised to follow the correct ways of washing hands before they touch their face. The Ministry of Health has given the guidelines to wash hands correctly. The steps begin by wetting the hands under clean running water before applying soap to our hands thoroughly for 20 seconds. Next, rub rapidly our both hands, in between fingers until the wrists. Lastly, make sure our hands are rinsed well under the running water and dry completely with a clean towel. Soap and hand sanitizers are used to remove the micro-organisms that could cause the spread. The correct way of hand washing is able to prevent the spread of germs from one person to another.


Though it gets harder for most people to continue their daily routines as they are used to doing outdoor activities, it certainly doesn’t mean that it is impossible to do them indoors. Staying healthy does not confine to going outside like exercisingin the gym or at our local recreation parks, but it can also be done by doing simple yet helpful exercises at home. With the ability to access to the internet in this modern day today, we can take up online exercise classes too even under the supervision of personal trainers. Other than doing the physical exercises, one should also constantly do some easy activities at home such as cleaning our rooms. Cleaning our room doesn’t only help us to perspire and build our muscles, but it also boosts our good feeling as it gives us the sense of satisfaction and comfort once the room is tidy. Physical exercises also help to build better immune system thus able to defend our body from being infected. Besides keeping ourselves active at home, we should also drink a lot of water because water can keep our body hydrated and it flushes the virus to the stomach. Eventually kills the virus. 


Other than that, we can also spend our quarantine time by discovering our hidden talent. There has been a trend going around the internet recently of people spending their time making the so-called, Dalgona Coffee. Through an easy step of preparing a cup of Starbuck-like coffee, one can encourage others to feel more interested at giving a try and thus increasing their cookery skill. This fun and harmless challenge goes viral on social media causes people feel it is okay to stay at home and occupied. Other than trying out new recipes, we can also spend our time trying new things, such as drawing, painting, writing and playing instruments. Moreover, you can also spend your time reading books with a variety of genres you never thought you would have the time to read before. This can promote your interest in reading and widen our knowledge. I personally feel reading is the most interesting thing you can anticipate in your life. So, if you don’t read, it will be a great waste. There are a lot of amazing books written by talented wonderful authors, who are great in their own way. How would you know you don’t like the book if you haven’t read it? This is the perfect time for you to find out what you like and what you don’t like. 


This concluded the many ways to help you overcome your boredom as well as keeping yourself emotionally and physically healthy. I hope this writing helps to inspire and give ideas on what you can do throughout the temporary period of restriction of movement order. Please stay safe and stay indoors.


Managing Your Time Indoors

By: Norkhairunisya Binti Nordin

Tuesday 24 March 2020

Muhasabah diri daripada musibah ( Karya Cikgu Simah)

Ya Allah😭
Kau uji kami hamba-Mu yang berdosa ini dengan musibah,
Kau beri peringatan kepada kami yang lalai dan leka dengan musibah,
Kau jentik hati kami rasa resah gelisah dengan musibah,
Kau sedarkan kami atas segala kekhilafan ini dengan musibah,
Kerdil dan hinanya kami sebagai hamba-Mu ya Allah.

Marilah kita muhasabah diri,
Atas segala ujian dan peringatan Allah kepada kita,
Muhasabah diri tentang kesempurnaan ibadah kita kepada-Nya,
Muhasabah diri tentang pergantungan diri kepada-Nya,
Muhasabah diri tentang kerja buat kita sebagai hamba-Nya,
Muhasabah diri tentang aturan hidup kita di dunia-Nya,
Muhasabah diri tentang persiapan kita menemui-Nya.

Marilah kita sama2 bermuhasabah diri  tentang musibah-Nya,
Marilah kita tingkatkan  ibadah dan keimanan kepada-Nya,
Marilah kita mencari keberkatan dan keredaan- Nya,
Marilah kita mendapatkan rahmat dan keampunan-Nya.


Semoga ibadah kita diterima Allah dengan ganjaran pahala dan syurga-Nya,
Semoga Allah gantikan musibah ini dengan sesuatu yang baik untuk kita,
Semoga kita sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah SWT.

Allahuakbar!
Kami sentiasa bersangka baik atas sesuatu kejadian- Mu ya Allah,
Kami sentiasa berlapang dada atas ketentuan- Mu ya Allah.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah 😭

Karya:


#sayacikgusimah#

Sunday 22 March 2020

Duduk di rumah (Seloka oleh Cikgu TJ)

Seloka: Duduk di rumah
Oleh : Cikgu TJ

Duduk di rumah
Tak perlu bersusah payah
Anak-anak ,ibu dan ayah
Seisi keluarga pupuk mahabbah.

Duduk di rumah,
Covid 19 mungkin dapat dicegah
Perintah Kawalan Pergerakan jangan tak endah,
Kalau punyai gejala segera menyerah.


Duduk di rumah,
Tak perlu ke pejabat atau ke sekolah
Hindari berhimpun atau berjemaah
Kalau keluar jangan lama menyinggah.


Duduk di rumah,
Ibu bapa mula gelisah,
Fikirkan aktiviti yang berfaedah
Kepada anak-anak untuk diarah

Duduk di rumah,
Peluang diberi tingkatkan ibadah,
Kepada Tuhan kita berserah
Terpenjara 14 hari janganlah gundah.

Duduk di rumah,
Tentera  dan polis turut dikerah,
Misi dan doktor berpenat lelah,
Agar kematian tidak bertambah.

Duduk di rumah,
Perintah diberi jangan dibantah,
Ikuti arahan dan juga langkah,
Tindakan kecil mampu mengubah.

Duduk di rumah,
Rantaian covid semakin lemah,
Wabak menular tiada arah,
Kempen dicanang moga barakah.

Saturday 21 March 2020

Dunia sudah penat ( Isha Isha 4Sn)

Dahulunya alam ini indah,
Dahulunya alam ini bersih,
Dahulunya alam ini suci,
Namun segalanya  hancur,
Oleh tangan manusia yang zalim,
Oleh tangan manusia yang tamak,
Oleh tangan manusia
yang tidak bersyukur.
Alam di cemari pelbagai kotoran,
Habitat haiwan diterokai dan dimusnahkan,
Kerakusan manusia tiada surutnya,
Kegilaan manusia kian berleluasa.
Kini alam tidak mampu bertahan,
Kini alam terpaksa tewas
Kini alam semakin uzur
Kini alam hanya mampu
memandang 
Coronavirus bermaharajalela di seantero dunia.
Hama yang tersebar menyentak manusia
Virus Corona menyedarkan manusia
Bahawa alam ini tidak seperti yang disangka,
Manusia yang zalim diberi pengajaran oleh alam, 
Dia menjangkiti tidak kira siapa,
Dia membunuh tanpa rasa
Semua manusia kegiritan dan bungkam,
Semua manusia kembali ke fitrah,
Mengenal kembali sifat insani
Semoga kesedaran ini belum terlewat.

Isha isha

4 SN

Friday 20 March 2020

2020 ( Karya oleh Zharyl Reza)

2020
Kicauan burung di pagi hari
Sinar mentari indah menyeri
Seusai berdoa  semua pergi
Mencari rezeki di bumi llahi
Untuk diberi anak dan isteri
Kekal sejahtera hidup harmoni


Tapi kini semua berbeza

Akibat covid penyakit bahaya
Tersekat sudah punca rezeki
Nelayan, petani, buruh dan kerani
Tinggal di rumah akur arahan
Memohon ampun kepada Tuhan


Kepada barisan utama negara

Perjuangan dikau amat bermakna
Kepada anak jati bangsa
Berjuang pertahan tak kira masa
Doa kami agar dikau sejahtera
Dalam menentang covid durjana


Kepada rakyat yang keras kepala

Tolong dengar kata si ketua negara
Penat sudah dia bicara
Namun engkau tidak endahkannya
Kalau ingkar itu pilihan 
Pasti engkau terima balasan
Bila kita hidup serumpun
Sentiasa akur, santun dan rukun
Demi masyarakat, bangsa dan negara tercinta.

Hasil Nukilan

Zharyl Reza
4AC

Thursday 19 March 2020

Video Covid-19 (Muhammad Danish Iklil 3C)

#PERANGIcovid19
#stayathome
#kekaldirumah

Video dihasilkan oleh

Muhammad Danish Iklil 3C

Pesanan untuk rakan-rakan ( Daripada Amirah Amanina 5 Akaun)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya akan berkongsi mengenai aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang hari bercuti.


1) Kita boleh membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang kita tidak mahir sama ada tajuk f4 atau f5. Perkara ini amat penting supaya kita dapat bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.

2) Kita juga boleh mencari soalan-soalan daripada tahun lepas untuk dijadikan sebagai latihan dan membuat nota-nota kecil yang amat bermanafaat terutama kepada murid tingkatan lima dan tiga.
3) Anda boleh menubuhkan kumpulan WhatsApp dengan kawan rapat dengan mewujudkan video call bagi mengulangkaji bersama-sama.
4) Mengaktifkan aplikasi "google classroom" juga dapat membantu  guru dan murid berkomunikasi di atas talian.
5) Apa kata sepanjang cuti ini kita berkomunikasi dengan guru secara atas talian untuk menyelesaikan kerja kursus. Ia akan memudahkan proses pembelajaran  apabila sesi persekolahan dibuka nanti.
6) Anda juga boleb membaca novel atau buku ilmiah, supaya dapat mempelajari teknik menulis yang baik.
7) Jika anda seorang atlet yang aktif dan telah ketinggalan banyak kelas, saya menyarankan agar anda mengulangkaji bab yang telah dipelajari agar tidak terlepas daripada mana-mana tajuk.
8) Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan youtube mahupun instagram untuk mendapatkan nota dan teknik penyelesaian masalah yang betul misalnya tusyen online, mathsclinic dan edululu

Itu sahaja perkongsian saya. Saya harap dengan perkongsian ini dapat dimanafaatkan oleh semua rakan-rakan saya. Jangan lupa juga untuk menunaikan kewajipan anda sebagai anak dengan menolong ibu bapa. Jaga diri dan kesihatan dengan mematuhi arahan supaya duduk di rumah sahaja bagi mengelakkan penularan penyakit covid 19.


Daripada,

Amirah Amanina
5 Akaun


SEKOLAHKU (Karya : Zahir Rusydi Bin Roslan)


Sedar tak sedar, sudah 5 tahun aku berada di sekolah ini. Sekolah yang dahulunya bukanlah pilihan utamaku. Tapi entahlah,aku sendiri tidak tahu mengapa aku memilih untuk belajar di sini. SMK Jugra. Hmm, hanyalah sebuah sekolah luar bandar atau sekolah kampung. Aku dikategorikan sebagai budak yang pandai sewaktu di sekolah rendah dahulu. Aku memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Aku juga mendapat banyak tawaran untuk menyambung persekolahan  menengah ke sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah kluster.
Pelbagai peluang yang murid lain ingini, berada dalam genggamanku pada tika itu. Tapi, aku sendiri tidak tahu mengapa aku memilih untuk berada di bumi Jugra ini. Aku menolak semua tawaran yang aku perolehi. Bahkan guru aku sendiri pernah mengatakan aku ni seorang yang bodoh kerana melepaskan peluang tersebut. Pada saat itu aku hanya nekad untuk memilih SMK JUGRA ....Tapi, entah.. Bagai ada sesuatu yang menanti aku di sekolah ini. Tiada cerita yang istimewa yang  membuatkan aku tertarik untuk belajar di sini. Mungkin kerana berdekatan dengan kediamanku. Anehnya, aku masih tertarik dengan SMK Jugra walaupun banyak sangat cerita yang tidak baik aku dengar berkaitan sekolah ini. Cerita itu masih lagi meniti dibibir masyarakat setempat walaupun perubahan berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu. Biasalah. Sesuatu yang baik jarang dikenang, kisah yang buruk jadi sebutan walaupun ia tidak lagi relevan dalam situasi pembangunan yang kian maju. Tapi, aku kuatkan semangat dan aku telahpun membuat keputusan dan ini adalah keputusan muktamad.PadaMu aku berserah...Aku bersangka baik setiap pilihan yang Kau berikan.
Kini hampir mencecah 5 tahun aku berada di sekolah ini. Tiada  satupun daripada pandangan mataku sesuatu yang cela wujud di sini. Memang aku sudah jatuh cinta di sekolah ini. Memang aku ditakdirkan menduduki SPM di sekolah ini. Aku rasa sekolah ini amat serasi denganku. Benarlah pepatah yang mengatakan "Tak kenal, maka Tak cinta". Guru-gurunya juga sangat mesra denganku dan melayan aku seperti anak mereka sendiri. Aku menjadi kagum apabila mendengar cerita yang sekolah ini hanya mendapat pelajar-pelajar golongan sederhana dalam pembelajaran kerana pelajar yang bijak tidak mahu bersekolah di sini. Tapi akhirnya, sekolah ini mendapat keputusan PMR/PT3 dan SPM yang setaraf dengan sekolah kluster di daerah ini bahkan lebih baik lagi. Berbekalkan keyakinan, aku bersemangat untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk Peperiksaan PT3 dan Alhamdulillah, aku telah berjaya memperoleh 9A untuk peperiksaan PT3.
Walaupun dibanjiri surat tawaran daripada sekolah-sekolah berasrama penuh, tapi aku menolak dan setia meneruskan pengajianku di sini. Kini aku memasuki aliran Sains Tulen di sekolah ini. Aku belajar dengan bersungguh-sungguh.Alhamdulillah, aku dilantik menjadi Ketua Pelajar. Banyak  rezeki yang aku perolehi di sini.Banyak juga  ujian dan cabaran sebagai remaja ku tempuh di sini. Di sini, aku belajar apa itu kehidupan. Aku belajar bagaimana untuk kuat dan bangkit menempuh cabaran. Sungguh, sekolah ini dan seisi warganya telah banyak berjasa kepadaku. Lima tahun di sini seakan-akan tidak terasa betapa pantasnya masa berlalu. Aku bangga menjadi warga SMK Jugra. Kenapa ? Kerana ini adalah Sekolahku.

Karya : Zahir Rusydi Bin Roslan