Sudah terang lagi
bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri
sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-63 bersamaan tanggal 31 Ogos
2020 yang bertemakan
"Malaysia Prihatin" akan menjelang tidak lama lagi. Sebagai salah
seorang anak bangsa, kita mesti mengetahui tujuan hari
kemerdekaan disambut serta
kebaikan dan kepentingannya. Bahkan ia juga merupakan hari kebesaran negara
yang perlu disambut dan kenang oleh seluruh lapisan masyarakat yang mencintai
negara ini.
Oleh itu, kita mesti menggalakkan masyarakat untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara ini. Antara usaha dominan ialah ketika
murid-murid berada di bangku sekolah, guru memainkan peranan penting untuk memberi
didikan kepada mereka bagi
mengethui erti
semangat patriotik agar ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian murid. Bak kata peribahasa melayu
"melentur buluh, biarlah dari rebungnya".
Pada masa yang sama juga, kita dapat
melahirkan masyarakat yang tidak mencemerkan imej negara seperti menghina atau
memburuk-burukkan negara sendiri. Bukan itu sahaja, pelbagai pertandingan juga
akan dianjurkan oleh pihak berwajib seperti mengibarkan jalur
gemilang di atas jalan raya ketika perbarisan, menghias kenderaan, melukis
poster, pertandingan menulis esei, mewarn dan sebagainya. Aktiviti yang pelbagai ini akan disertai oleh pelbagai bangsa ketika
hari kemerdekaan akan mengeratkan lagi hubungan silatruahim antara mereka.
Oleh
hal yang demikian,
kita dapat memupuk semangat perpaduan
kaum dalam negara kita. Maka, terciptalah pengalaman
menghayati dan mencintai kemerdekaan dengan lebih bermakna dalam diri
masyarakat kerana tak kenal maka tak cinta. Selain itu, sambutan hari
kemerdekaan juga menjadikan masyarakat memahami sebuah erti perjuangan dan
pengorbanan pejuang-pejuang tanah air kerana mereka merupakan pejuang terbilang
untuk menegakkan kemerdekaan tanah air negara daripada dijajah oleh kuasa-kuasa
besar. Oleh hal yang demikian masyarakat dapat menghargai dan mengenang jasa-jasa
pejuang tanah air kerana perjuangan mereka seperti hancur badan dikandung tanah
dan ibarat lilin yang membakar diri sanggup berkorban demi harta, nyawa, tenaga
dan meninggalkan insan sekeliling yang disayangi serta dicintai demi
kemerdekaan negara tercinta ini.
Jasa dan pengorbanan mereka ibarat
gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang. Realitinya,
memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat dalam negara ini haruslah
bekerjasama antara satu sama lain untuk berazam agar kemerdekaan negara dapat
dipertahankan sehingga generasi seterusnya.
Tuntasnya, usaha-usaha untuk memupuk
semangat patriotik dalam negara ini perlulah diteruskan sepanjang masa tanpa
mengira penat lelah agar semangat patriotik dalam diri masyarakat tidak
terhenti. Dengan ini, negara dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai
perasaan cinta akan negara. Juga, masyarakat mampu menjadi insan yang berguna
pada masa hadapan serta mampu memajukan ekonomi mahupun perpaduan negara
sehingga negara dapat mencapai kemajuan yang bertaraf dengan negara lain.
Sekiranya semangat patriotik tidak dipupuk sejak bangku sekolah, pastinya
negara akan menjadi kacau bilau. Tidak akan wujud masyarakat bersefahaman
antara satu sama lain sehingga pergaduhan mula tercetus. Umum untuk mengetahuinya
bahawa semua pihak perlu bekerjasama seperti peribahasa melayu bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh agar masyarakat berjaya memupuk sikap semangat
patriotik sehingga mampu diwarisi dalam negara ini.
Tajuk: Kemerdekaan
Nama: Rossalinda bt Roslan
Kelas:4 Akaun
Alamat email: alhss320@gmail.com
Esei yang dihasilkan murid ini berjaya memenangi johan dalam pertandingan penulisan esei bertemakan kemerdekaan tahun 2020. Tahniah dan syabas.
No comments:
Post a Comment