Thursday, 2 September 2021

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Hasil penulisan Vinusha 5 Sains



Merdeka!

Kata-kata keramat yang membawa pengertian yang sangat besar dan bukan setakat yang hanya dilafaz di mulut. Demi sebuah kemerdekaan dari belenggu penjajah, banyak nyawa terkorban di medan perang. Kemerdekaan yang diperoleh pada 31 Ogos 1957, menamatkan penindasan kuasa asing terhadap kita,rakyat Malaysia. Menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat bukan mudah. Pernah dijajah 446 tahun, perjuangan perit generasi lalu perlu kita sentiasa hayati bersama.  

Nafas kemerdekaan selama 64 tahun ini membuatkan rakyat Malaysia cukup alpa dengan kebebasan yang kita peroleh.

Penghinaan terhadap negara, mencaci pemimpin negara dan kes-kes jenayah di media sosial sering menjadi tatapan masyarakat.

Kenikmatan kebebasan kian beransur hilang dan kemerdekaan terasa seakan- akan disalah guna oleh masyarakat.

Masih segar di sanubari saya, sewaktu saya masih kecil, jalur gemilang berkibar megah di setiap rumah, pejabat dan kereta namun saya tidak menyedari bahawa itu semua sekadar perbuatan hanya untuk tatapan semata-mata. Apabila Saya menelusuri secara halus,ternyata penghayatan serta rasa cinta akan negara tiada Dalam diri rakyat malaysia. Malahan ia kian pudar hari demi hari namun kini kelihatan ada sinar dalam kelam sebagai penyelesaian untuk membendung masalah ini. Jika dahulu kita melawan penjajah, hari ini kita melawan virus Yang tidak dapat dilihat mata kasar. 

Virus Covid-19 memberi tamparan yang hebat kepada setiap rakyat malaysia dan memberi kesedaran makna sebuah kemerdekaan sebenar. Rakyat malaysia gentar dengan pandemik yang menjadi  mimpi ngeri seluruh dunia. Setiap hari, baratus-ratus nyawa terkorban di malaysia dan ia membuatkan rakyat Malaysia berjuang bersama-sama tanpa mengira agama dan kaum dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.Tahun ini,negara sedang menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 dengan tema 'Malaysia Prihatin'. Tema 'Malaysia Prihatin' bermaksud kebersamaan rakyat Malaysia, berganding bahu memerangi dan melawan COVID-19. Dengan ini, bukan sahaja Kita dapat membendung virus Covid-19 namun dapat menyedarkan rakyat malaysia makna kebebasan sebenar. Semoga penyesalan rakyat malaysia belum terlewat dan nafas kemerdekaan sebenar dapat dihirup dalam waktu terdekat.


Hasil penulisan

VINUSHA A/P SINNAIAH

5 Sains 2021

No comments:

Post a Comment