16 Mei 2023.
Di rumah, kita mempunyai kedua ibu bapa yang sentiasa memberi nasihat, dorongan, pandangan dan perhatuan. Di sekolah mereka para guru yang memegang amanah kedua ibu bapa untuk menjaga, mendidik dan sekaligus memberi nasihat kepada kita. Banyak perkara yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita, justeru tidak ada salahnya jika hari ini kita meraikan hari istimewa buat mereka.
Dengan meraikan hari guru kita dapat memperingati dan mengenang segala jasa yang telah mereka curahkan kepada kita. Hadirnya mereka membantu kita untuk mengenali huruf dan nombor seperti abc dan 123. Tanpa sosok mereka, belum tentu lagi kita mampu mengira dan membaca sehingga sekarang. Sentiasa bersyukurlah sebagai seorang murid kerana diberi peluang untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan mereka.
Setiap guru tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana mereka juga manusia biasa. Andai terkasar bahasa disaat dirinya sedang mendidik, minta dimaafkan. Marah mereka bukan bererti benci jauh sekali mengeji tetapi marah mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia contoh. Sebagai murid berlapang la dada dalam menerima sebagai teguran dan jangan sesekali menyimpan dendam
Jadi, marilah kita menyambut hari guru ini dengan penuh rasa hormat dan bangga atas kesabaran dan ketabahan yang sentiasa diterapkan oleh mereka dalam diri kita untuk menjadi murid yang berwawasan Dan berdaya saing.
Sekian, terima kasih.
Penulis:
Nur Aisyah binti Abdullah
3 Dinamik
No comments:
Post a Comment