Tuesday, 16 May 2023

"Puisi Kecilku" hasil nukilan Nur Amalia

 PUISI GURUKU♥️



GURU, 


Engkau bagai pelita ilmu 

Engkau penerang dalam segala cahaya

Engkau juga penerang gelapnya ilmu kami

Tanpa mu hidup kami gelap tanpa ilmu



GURU, 


Engkau amat sabar dalam mendidik kami

Engkau terus mendidik kami

Engkau juga terus mengajari kami sehingga ke menara gading

Tanpa rasa keluh dan kesah 



OH GURU, 


Jasamu akan Ku kenang selalu 

Itu semua berawal dari didikan mu

Tidak sia-sia pelajaran yang telah engkau berikan kepada kami wahai guruku

Terima kasih atas didikan yang engkau berikan kepada kami

Hanya sebuah puisi kecil ini yang mampu Ku buat untukmu semoga engkau bahagia wahai guruku


TERIMA KASIH GURUKU♥️🌹


Selamat hari guru kepada guru - guru SMK JUGRA


Nur Amalia Binti Kamarudin

5 Sastera

Semoga kau bahagia guruku hasil nukilan Adrianna

 GURUKU 😌



Wahai guruku... 

engkaulah yang membuatku pintar

engkau juga mengajari kami

dan engkau juga orang tua kedua kami 

oh guruku...

namamu akan selalu ku kenang

sampai maut menjemputku

sampai akhir usiaku

engkau bagaikan pelangi hidupku 

engkau bagaikan malaikat kecilku 

engkau bagaikan lampu yang tak pernah padam

dan engkau bagaikan pahlawan tanpa tanda jasa 

jika kau bersedih kami juga turut sedih

jika kau bahagia kamipun turut bahagia

senyummu bagaikan sinar kebahagiaan bagi kami 

Hari ini adalah hari engkau

kami amat menyayangimu guruku

Terima kasih kerana telah mendidikku 

Hanya sebuah puisi kecil

yang ku buat untukmu

semoga kau bahagia wahai guruku 


Terima kasih guruku 🌹♥️


Selamat hari guru kepada guru - guru SMK JUGRA 💐


Adrianna Natasya Binti Juriman

5 Sastera

Kathrina tujukan pantun ini khas untuk guru SMK Jugra

 

Pantun Hari Guru



Pagi hari membelu sagu,

   Sagu dibeli bersama tauhu,

Selamat hari guru buat cikgu,

    Semoga cikgu riang selalu.


Angin menderu dengan sempoinya, 

   Di anak tangga duduk sendirian,

Kasih guru akan muridnya,

    Masa ada rela dikorban.


  Hendak mengail di tepi paya,

   Seluas alam bumi terlentang,

    Tanpa guru siapalah kita, 

     Ibarat malam tanpa bintang


Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru SMK Jugra❤️"



Kathrina Amar Daniela Binti Kamarulzaman

5 Sastera

HAPPY TEACHER'S DAY


Thank you Anushka d/o Thevathason from 1 Adil.😊



 

LUKISAN HARI GURU BUATMU GURU




Hasil Lukisan ini dihasilkan oleh Abhilasha A/P Vijiyakumaran daripada kelas 4 Geografi. Terima kasih Abhilasa😊




 

"Dia" istimewa untukmu guru SMK Jugra

 

"DIA"


Hadir dirinya tidak mudah kuterima,

berjauhan dari ibu untuk setengah hari bukanlah hal yang mudah,

tetapi dirinya tidak pernah berputus asa

untuk membuatku berasa nyaman bersama dirinya.

Siapakah dirinya, akan kuceritakan di akhir mukadimah.

 

Tatkala hati ini keras ingin menerimanya,

dengan sopan ia melembutkannya bagai rebung yang masih baharu.

Atas keikhlasannya, hati ini semakin terbuka untuk menerima dirinya.

 

Hari demi hari yang berlalu,

hati ini mula menumpahkan kasih kepadanya.

Keikhlasan dan ketabahannya yang kental,

akhirnya diri ini mula menerima kehadirannya.

 

Dia. Dia yang akan kugelarkan sebagai guru tercinta.

Jadi dengan itu, izinkanlah diri ini untuk bercerita tentang dirinya.

 

Sebermulanya dini hari,

tidak sabar hati ini untuk bertemu dengannya.

Memulakan hari dengan semangat atma yang

ingin menuntut ilmu bersama dirinya.

 

Keasyikan bergurau senda dan berbagi cerita bersamanya,

membuatkan aku lebih ceria untuk menjalani rutin kehidupan.

 

Syahadan,

pastilah ada masa di mana

dirinya merasa geram dengan sikapku yang kadang keterlaluan.

Tetapi, tidak pernah ada sekecil zarah dendam pun

yang bertapa di dalam atma ini kerana aku tahu,

ia nya demi kebaikan kesuma yang agus di waktu seterusnya.

 

Perasaannya terkadang bagaikan prahara

kerana murid yang bukan hanya diriku.

Jadi, telahku fahami andai angin dirinya tidaklah selalu baik.

 

Aku tabik kepadanya atas kesabaran dan ketabahan hebat yang

mereka terapkan di dalam atma demi mengajari anak murid tercinta.

 

Sebagai penutup,

Dengan segala rasa hormat ku ucapkan terima kasih

kepada semua guru yang sudi memberi rekayasa buat diriku dan juga

saki seangkatan yang lain.



Hasil Nukilan

Nur Aisyah Abdullah

3 Dinamik


SELAMAT HARI GURU ! Saidatul tujukan video sajak ini khas untuk semua guru.

 


Saidatul Iqmar binti Suaimi daripada kelas 5 Stem 1 mendeklamasikan sajak ini khas untuk guru-guru SMK Jugra tersayang. Terima kasih Saidatul. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi awak selalu!



😍

KAD UCAPAN HARI GURU



DARIPADA THIVYA ROOBA 2 ADIL. 
 Terima kasih Thivya atas ucapan ini. 
Semoga awak juga gembira selalu.


 

SAJAK "ISTIMEWA HARI GURU" HASIL NUKILAN NORSYAZANA

 

ISTIMEWA HARI GURU 

Sebermula cerita

tentang hari istimewa,

siapakah gerangannya?

akan kusebut di akhir kata

marcapada ini,

telah sirna

istilah mereka mengherdik

arakian mereka sendiri yang diherdik

sungguh nestapa

perasaan hormat kian sirna

sedangkan mereka

ratna yang sujana.

 

Izinkan saya mengimbas kenangan

agar semua jadikan teladan.

 

Tatkala diri ini lemah

guru hadir sebagai bintang kejora

menerangi kalbu yang kelam,

pembakar semangat jiwa dan raga.

 

Tatkala kusakit

guru pasti cakna

cemas hati hingga terleka

sanggup meninggalkan tugas

Semata mata mengubat luka..

 

Mereka tidaklah bengis

bukan juga seperti singa

cuma tegas,

untuk melihat kita

Jadi insan yang berguna

buat agama,bangsa dan negara.

 

Keringat membasahi  tubuh,

mengorbankan penat lelahnya

mengajar tanpa keluhan

dapat melahirkan

"manusia yang sujana".

 

Sedarlah kita,

semua kesuma,

yang bekerjaya,

tidak akan lahir ,

Jika tiada insan yang bergelar guru

gelaran guru ini juga

 tidak akan lahir jika tidak dididik oleh seorang guru.

 

Indah permana segala jasanya

keikhlasan hati yang tak mengharapkan hadiah

kecuali sebuah doa



Sajak Hasil nukilan

Norsyazana 3 Usaha

Doodle Selamat Hari Guru yang comel !

 

Hasil lukisan doodle yang comel ini dilukis oleh Nur Aleeya Sakinah binti Abd Rahman daripada kelas 5 Akaun. Terima kasih Aleeya yang berbakat dalam melukis. Teruskan berkarya menghasilkan lukisan yang bermanafaat.





TERIMA KASIH CIKGU! Video daripada Teoh Shu Ying




Teoh Shu Ying daripada kelas 5 Stem 1 mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK Jugra.

Terima kasih Teoh Shu Ying


 

VIDEO HARI GURU DARIPADA AMAL IHSANI

 


MUHAMMAD AMAL IHSANI BIN ZULKIFLI DARIPADA KELAS 3 USAHA menghasilkan video ini khas untuk guru-guru SMK Jugra. Terima kasih Amal Ihsani. Semoga awak juga berjaya dan cemerlang dalam kehidupan awak.





Sajak hari guru" dari Norsyazana Binti Kamarul Zaman dari kelas 3 Usaha. Hayati bait-bait sajak yang beliau nukilkan.

 

Hadiah Hari Guru yang pertama ini sangat istimewa. Murid ini mencipta sajak dan mendeklamasikan sajaknya serta menghasilkan video yang menyentuh perasaan. Terima kasih Norsyazana.