Dengan ucapan "selamat hari raya Cikgu" , Thanes a/l Murugan
dari kelas 1E mengirimkan kad raya sebagai pengganti diri.
Friday, 29 May 2020
Apabila Tiba Masanya
Apabila aku melihat laut bila akan reda alunan ombaknya
Lalu jawab laut tunggulah apabila kering airnya.
Tuhan
Apabila aku merasa bayu bila akan terhenti hembusannya
Nanti jawab bayu tunggulah apabila tiba ribut taufan melanda.
Tuhan
Apabila aku melihat purnama bila
akan hilang sinarnya
Lalu jawab purnama tunggulah apabila mentari melebarkan sayapnya.
Tuhan
Apabila aku melihat mentari bila akan hilang silaunya
Lalu jawab mentari tunggulah apabila purnama kembali menjelma.
Tuhan
Apabila aku melihat alam bila akan pupus hidupnya
Lalu jawab alam tunggulah apabila tiba kemarau panjang.
Tuhan
Apabila aku melihat aku bila akan tiba ajal mautnya
Tunggulah nanti apabila tiba masanya.
Ya Allah
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Amin
~insan kerdil~
Wednesday, 27 May 2020
Ucapan Hari Raya Warga Jugra
Tiada pertemuan , tiada ziarah, tiada bersalaman . Namun PKP yang dihadapi oleh semua warga Jugra tidak menghalang pertemuan di alam maya.
Dua buah video hasil suntingan daripada Cikgu Norziah menggabungkan ucapan hari raya aidilfitri guru-guru dan warga SMK Jugra sempena PKP 2020. Ukhuwah persaudaraan rakan sekerja pastinya menjadi kenangan paling manis bagi tahun 2020 apabila beraya di alam maya♥️🤝
Saturday, 23 May 2020
Ucapan Raya Paling Menyentuh Hati
Siapa tidak kenal Puan Siti Hadijah Mohammadin, seorang guru Sastera yang mempunyai bakat luar biasa. Ucapan hari raya paling menyentuh hati dan boleh menitiskan airmata daripada beliau sebelum beliau bertugas di tempat baru🥰 Tiada ucapan lebih bermakna melainkan doa. Sama-sama kita dengarkan apa katanya.
Video Ucapan Aidilfitri 2020
Murid ini tidak pernah jemu memberikan ucapan dan kali ini video ucapan hari raya daripada Zahir Rusydi pasti akan membuatkan semua orang tersenyum😊
Kad Digital Hari Raya
Kad digital hari raya sebagai pengganti diri, Nor Faizatul Liyana binti Harman daripada kelas 4 Teknologi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jugra🥰
Selamat Hari Raya daripada Team Mentor Google Classroom
Ucapan Selamat Hari Raya daripada Team Mentor Google Classroom berupa poster yang menarik ini diabadikan oleh Cikgu Amizah khas untuk tatapan semua warga Jugra. "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada kami Team Mentor Google Classroom!"
Sunday, 17 May 2020
Happy teacher's day[爱心]
Walaupun 16 Mei telah berlalu namun murid ini tidak mahu namanya ketinggalan dalam mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMk Jugra. Karya dalam tulisan bahasa Cina oleh beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
Happy teacher's day[爱心]♥️
亲爱的老师,向您表达我最衷心的感谢。在人生旅途上,您为我点燃了希望之光,您所做的一切润泽了我的心灵,开阔了我的视野。今天我向您致以崇高的敬意。我深深地感激您所做的一切。您不仅是一位合格的教师,更是一位好朋友,谢谢您所做的一切。老师,今天是您的节日,请接受来自学生最简单真诚的祝福,祝愿我的老师在未来的日子里教学事业顺利如愿!家庭温馨美满开心!爱情甜蜜幸福如醉!教师节快乐[爱心]
Translation:
My heartfelt thanks to you, dear teacher.
On my voyage of life, you have kindled in me the light of hope. What you have done has enriched my mind and broadened my view.
On this day I honour you sincerely.I am truly grateful to you for what you have done.
You are a qualified teacher and a very good friend.
Thank you for all that you have done.
Teacher,
today is your special day, please accept the simplest and sincere blessings from your student, and to wish you, my teacher, a continuous successful teaching career!
May the family be warm and happy!
Happy teacher's day♥️
Xin Yi🥰
4PSK
Happy teacher's day[爱心]♥️
亲爱的老师,向您表达我最衷心的感谢。在人生旅途上,您为我点燃了希望之光,您所做的一切润泽了我的心灵,开阔了我的视野。今天我向您致以崇高的敬意。我深深地感激您所做的一切。您不仅是一位合格的教师,更是一位好朋友,谢谢您所做的一切。老师,今天是您的节日,请接受来自学生最简单真诚的祝福,祝愿我的老师在未来的日子里教学事业顺利如愿!家庭温馨美满开心!爱情甜蜜幸福如醉!教师节快乐[爱心]
Translation:
My heartfelt thanks to you, dear teacher.
On my voyage of life, you have kindled in me the light of hope. What you have done has enriched my mind and broadened my view.
On this day I honour you sincerely.I am truly grateful to you for what you have done.
You are a qualified teacher and a very good friend.
Thank you for all that you have done.
Teacher,
today is your special day, please accept the simplest and sincere blessings from your student, and to wish you, my teacher, a continuous successful teaching career!
May the family be warm and happy!
Happy teacher's day♥️
Xin Yi🥰
4PSK
Friday, 15 May 2020
Khas buatmu guru
Video hari guru yang menggamit perasaan dan penuh nostalgia. Video yang dihasilkan oleh Nor Faizatul Liyana binti Harman dari kelas 4 Teknologi ini ditujukan buat semua guru SMK Jugra♥️
Guruku insan mulia
Hasil Karya dua orang sahabat sebagai tanda penghargaan buat semua guru SMK Jugra🥰
Guruku insan mulia
mengajar tanpa rasa jemu
mendidik tanpa rasa penat
mencurahkan kasih sayang
sepenuh rela
demi melihat
anak muridnya berjaya.
Guruku insan mulia
pemberi ilmu paling setia
sentiasa tabah dan sabar
buat anak muridnya
di masa depan.
Guruku insan mulia
sedia membantu
sedia memberi
sedia membimbing
demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Guruku insan mulia
terima kasih di atas segala tunjuk
ajarmu
akanku panjatkan doa untukmu
agar engkau sejahtera selalu.
Guruku insan mulia
mengajar tanpa rasa jemu
mendidik tanpa rasa penat
mencurahkan kasih sayang
sepenuh rela
demi melihat
anak muridnya berjaya.
Guruku insan mulia
pemberi ilmu paling setia
sentiasa tabah dan sabar
buat anak muridnya
di masa depan.
Guruku insan mulia
sedia membantu
sedia memberi
sedia membimbing
demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Guruku insan mulia
terima kasih di atas segala tunjuk
ajarmu
akanku panjatkan doa untukmu
agar engkau sejahtera selalu.
Hasil Karya Bersama
Nur Najwaa Syafiah dan Ainur Hanani dari kelas 3B
Doodle Hari Guru
Doodle ini sungguh unik apabila si pembuatnya bertungkus lumus menyiapkannya semata-mata untuk dijadikan sebagai hadiah hari guru pada tahun ini. Rossalinda dari kelas 4 Akaun menyatakan "doodle ini untuk semua guru yang pernah memberi tunjuk ajar dan tidak pernah berputus asa untuk mendorong saya menuju kejayaan".
Kenangan terindah, terima kasih cikgu!
Walaupun sudah banyak video yang dihasilkan oleh beliau namun ini adalah video paling menyentuh perasaan. Farisya dari kelas 5 Akaun menghasilkan video ini dengan menggabungkan gambar-gambar kenangan dari guru dan pelajar.😍
Video daripada
Farisya 5 Akaun
Guru Insan Dicintai♥️
Hadiah istimewa daripada Zahir selaku ketua murid di SMK Jugra. Nukilan yang ditulis dari hati untuk semua guru🥰
Guru,
Insan yang turut dihormati,
Membantu ayah dan ibu,
Mengajar dan mendidik anak pertiwi,
Demi masa depan yang dinanti.
Guru,
Garangnya bukan untuk menzalimi,
Lembutnya tetap tersemat di hati,
Tapi guru harus kental dan berani,
Demi mendidik pewaris bangsa yang dicintai.
Guru,
Kerjanya bukan untuk dimaki,
Kerjanya bukan untuk dipuji,
Cukuplah sekadar menghormati,
Dan juga menghargai.
Guru,
Terima kasih guru,
Kerana sanggup menjadi penyuluh hidup kami,
Mendidik kami,
Insan yang tidak dikenali,
Meluangkan waktu bersama kami,
Membantu ibu dan bapa kami,
Agar menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
Maafkan kami,
Kerana sering mengguris hatimu,
Tapi engkau tidak pernah mengeluh mengajar kami,
Tiada ungkapan yang mampu membalas bakti mu selama ini,
Terima kasih guru yang dicintai,
Jasamu akan dikenang sampai mati.
Karya :
Zahir Rusydi Bin Roslan
5 Sains
Guru,
Insan yang turut dihormati,
Membantu ayah dan ibu,
Mengajar dan mendidik anak pertiwi,
Demi masa depan yang dinanti.
Guru,
Garangnya bukan untuk menzalimi,
Lembutnya tetap tersemat di hati,
Tapi guru harus kental dan berani,
Demi mendidik pewaris bangsa yang dicintai.
Guru,
Kerjanya bukan untuk dimaki,
Kerjanya bukan untuk dipuji,
Cukuplah sekadar menghormati,
Dan juga menghargai.
Guru,
Terima kasih guru,
Kerana sanggup menjadi penyuluh hidup kami,
Mendidik kami,
Insan yang tidak dikenali,
Meluangkan waktu bersama kami,
Membantu ibu dan bapa kami,
Agar menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
Maafkan kami,
Kerana sering mengguris hatimu,
Tapi engkau tidak pernah mengeluh mengajar kami,
Tiada ungkapan yang mampu membalas bakti mu selama ini,
Terima kasih guru yang dicintai,
Jasamu akan dikenang sampai mati.
Karya :
Zahir Rusydi Bin Roslan
5 Sains
Subscribe to:
Posts (Atom)


