Wednesday, 18 October 2023

Video bertemakan flora hasil aktiviti Kelab TV PSS


RABU
18 OKTOBER 2023
2.00 - 4.00 PETANG

Sepetang yang indah, sekumpulan ahli Kelab TV PSS telah merakamkan flora  SMK Jugra yang cantik dan menarik dan berjaya menghasilkan dua belas video pendek. Tugasan tiga puluh minit diberikan merangkumi aktiviti merakam dan menyunting video.


AHLI KELAB TV PSS YANG HADIR



KUMPULAN 1


KUMPULAN 2



KUMPULAN 3

KUMPULAN 4


KUMPULAN 5

KUMPULAN 6










KUMPULAN 7



KUMPULAN 8


KUMPULAN 9

 

KUMPULAN 10

KUMPULAN 11

KUMPULAN 12

Friday, 19 May 2023

Lukisan Hari Guru oleh Ainur Ridho

Muhammad Ainur Ridho daripada kelas 1 Adil menghasilkan lukisan yang menarik.




 

Guruku hasil nukilan Amani Sumayyah

 Pergi ke dusun menanam pokok ara,

assalamualaikum kepada semua.


Guruku,

engkaulah yang telah mendidikku,

tanpa kamu kami tidak akan berjaya,

tanpa berkat ilmumu kami hanyalah sebatang kara,

tanpa kamu kami tidak akan tahun mengira dan membaca.


Guruku,

engkau adalah seperti cahaya kepada kami,

cahaya yang memberikan petunjuk kepada kami,

jalan untuk kami berjaya,

berjaya di masa hadapan.


Guruku,

jasamu akan kami kenang selama-lamanya,

kisah pahit dan manis,

gelak tawa yang sering didengari,

suara lembut yang sentiasa menegur kami.


Guruku,

engkau sentiasa bersabar dengan perangai anak muridmu,

walaupun mereka degil namun kamu tetap bersabar,

engkau sentiasa membantu anak muridmu,

tanpa kira lelah dan penat.


Guruku,

kami memohon maaf sekiranya tersilap kata,

kami memohon maaf daripadamu,

terima kasih kerana telah mendidik kami,

semoga engkau dikurniakan nikmat yang melimpah ruah


pergi ke kedai bersama Soraya,

sekian daripada saya.


Selamat hari guru


Nukilan sajak,

Amani Sumayyah binti Adnan Kameng

3 Bijak

Tuesday, 16 May 2023

Video Hari Guru yang mengimbau kenangan

Muhammad Ainur Ridho daripada kelas 1 Adil menghasilkan video ini sebagai hadiah kenang-kenangan guru-guru di SMK Jugra.




 

Sajak " Terima kasih guruku" daripada Wan Rahmat

 Terima kasih guruku


Wahai guruku

Kuucapkan ribuan terima kasih padamu 

yang telah mendidikku dari dulu

yang telah melatihku agar mampu


Masa terkenang berangkat lalu kini kumelangkah di alam baharu



Sebagai remaja yang dididik guru 

sebagai murid yang melangkah maju

Menjadi bangsa yang mengamalkan ilmu


Terima kasih wahai guruku

kerana telah meluangkan masa untukku 

agar dapat menyampaikan banyak ilmu

untuk membantu mencapai cita-citaku

yang kini hanyalah angan-anganku

menjadi realiti dalam hidupku


Ketahuilah wahai guru

Jasamu disini tidak menyia-nyiakan waktu 

dalam mendidik murid agar bergerak maju

kerana kami di sini

tak pernah melupakanmu.


NUKILAN

WAN MUHAMMAD RAHMAT BIN NORDIN

5 SASTERA

Tarikh Keramat 16 Mei 2023

 16 Mei 2023.

Tarikh keramat bagi insan yang bergelar seorang guru.


Di rumah, kita mempunyai kedua ibu bapa yang sentiasa memberi nasihat, dorongan, pandangan dan perhatuan. Di sekolah mereka para guru yang memegang amanah kedua ibu bapa  untuk menjaga, mendidik dan sekaligus memberi nasihat kepada kita. Banyak perkara yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita, justeru tidak ada salahnya jika hari ini kita meraikan hari istimewa buat mereka.


Dengan meraikan hari guru kita dapat  memperingati dan mengenang segala jasa yang telah mereka curahkan kepada kita. Hadirnya mereka membantu kita untuk mengenali huruf dan nombor seperti abc dan 123. Tanpa sosok mereka, belum tentu lagi kita mampu mengira dan membaca sehingga sekarang. Sentiasa bersyukurlah sebagai seorang murid kerana diberi peluang untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan mereka.


Setiap guru tidak terlepas daripada  melakukan kesilapan kerana mereka juga manusia biasa. Andai terkasar bahasa disaat dirinya sedang mendidik, minta dimaafkan. Marah mereka bukan bererti benci jauh sekali mengeji tetapi marah mereka untuk  mendidik anak bangsa menjadi manusia contoh. Sebagai murid berlapang la dada dalam menerima sebagai teguran dan jangan sesekali menyimpan dendam


Jadi, marilah kita menyambut hari guru ini dengan penuh rasa hormat dan bangga atas kesabaran dan ketabahan yang sentiasa diterapkan oleh mereka  dalam diri kita untuk menjadi murid yang berwawasan Dan berdaya saing.


Sekian, terima kasih.


Penulis:
Nur Aisyah binti Abdullah
3 Dinamik


"Puisi Kecilku" hasil nukilan Nur Amalia

 PUISI GURUKU♥️



GURU, 


Engkau bagai pelita ilmu 

Engkau penerang dalam segala cahaya

Engkau juga penerang gelapnya ilmu kami

Tanpa mu hidup kami gelap tanpa ilmu



GURU, 


Engkau amat sabar dalam mendidik kami

Engkau terus mendidik kami

Engkau juga terus mengajari kami sehingga ke menara gading

Tanpa rasa keluh dan kesah 



OH GURU, 


Jasamu akan Ku kenang selalu 

Itu semua berawal dari didikan mu

Tidak sia-sia pelajaran yang telah engkau berikan kepada kami wahai guruku

Terima kasih atas didikan yang engkau berikan kepada kami

Hanya sebuah puisi kecil ini yang mampu Ku buat untukmu semoga engkau bahagia wahai guruku


TERIMA KASIH GURUKU♥️🌹


Selamat hari guru kepada guru - guru SMK JUGRA


Nur Amalia Binti Kamarudin

5 Sastera

Semoga kau bahagia guruku hasil nukilan Adrianna

 GURUKU 😌



Wahai guruku... 

engkaulah yang membuatku pintar

engkau juga mengajari kami

dan engkau juga orang tua kedua kami 

oh guruku...

namamu akan selalu ku kenang

sampai maut menjemputku

sampai akhir usiaku

engkau bagaikan pelangi hidupku 

engkau bagaikan malaikat kecilku 

engkau bagaikan lampu yang tak pernah padam

dan engkau bagaikan pahlawan tanpa tanda jasa 

jika kau bersedih kami juga turut sedih

jika kau bahagia kamipun turut bahagia

senyummu bagaikan sinar kebahagiaan bagi kami 

Hari ini adalah hari engkau

kami amat menyayangimu guruku

Terima kasih kerana telah mendidikku 

Hanya sebuah puisi kecil

yang ku buat untukmu

semoga kau bahagia wahai guruku 


Terima kasih guruku 🌹♥️


Selamat hari guru kepada guru - guru SMK JUGRA πŸ’


Adrianna Natasya Binti Juriman

5 Sastera

Kathrina tujukan pantun ini khas untuk guru SMK Jugra

 

Pantun Hari Guru



Pagi hari membelu sagu,

   Sagu dibeli bersama tauhu,

Selamat hari guru buat cikgu,

    Semoga cikgu riang selalu.


Angin menderu dengan sempoinya, 

   Di anak tangga duduk sendirian,

Kasih guru akan muridnya,

    Masa ada rela dikorban.


  Hendak mengail di tepi paya,

   Seluas alam bumi terlentang,

    Tanpa guru siapalah kita, 

     Ibarat malam tanpa bintang


Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru SMK Jugra❤️"



Kathrina Amar Daniela Binti Kamarulzaman

5 Sastera

HAPPY TEACHER'S DAY


Thank you Anushka d/o Thevathason from 1 Adil.😊



 

LUKISAN HARI GURU BUATMU GURU




Hasil Lukisan ini dihasilkan oleh Abhilasha A/P Vijiyakumaran daripada kelas 4 Geografi. Terima kasih Abhilasa😊




 

"Dia" istimewa untukmu guru SMK Jugra

 

"DIA"


Hadir dirinya tidak mudah kuterima,

berjauhan dari ibu untuk setengah hari bukanlah hal yang mudah,

tetapi dirinya tidak pernah berputus asa

untuk membuatku berasa nyaman bersama dirinya.

Siapakah dirinya, akan kuceritakan di akhir mukadimah.

 

Tatkala hati ini keras ingin menerimanya,

dengan sopan ia melembutkannya bagai rebung yang masih baharu.

Atas keikhlasannya, hati ini semakin terbuka untuk menerima dirinya.

 

Hari demi hari yang berlalu,

hati ini mula menumpahkan kasih kepadanya.

Keikhlasan dan ketabahannya yang kental,

akhirnya diri ini mula menerima kehadirannya.

 

Dia. Dia yang akan kugelarkan sebagai guru tercinta.

Jadi dengan itu, izinkanlah diri ini untuk bercerita tentang dirinya.

 

Sebermulanya dini hari,

tidak sabar hati ini untuk bertemu dengannya.

Memulakan hari dengan semangat atma yang

ingin menuntut ilmu bersama dirinya.

 

Keasyikan bergurau senda dan berbagi cerita bersamanya,

membuatkan aku lebih ceria untuk menjalani rutin kehidupan.

 

Syahadan,

pastilah ada masa di mana

dirinya merasa geram dengan sikapku yang kadang keterlaluan.

Tetapi, tidak pernah ada sekecil zarah dendam pun

yang bertapa di dalam atma ini kerana aku tahu,

ia nya demi kebaikan kesuma yang agus di waktu seterusnya.

 

Perasaannya terkadang bagaikan prahara

kerana murid yang bukan hanya diriku.

Jadi, telahku fahami andai angin dirinya tidaklah selalu baik.

 

Aku tabik kepadanya atas kesabaran dan ketabahan hebat yang

mereka terapkan di dalam atma demi mengajari anak murid tercinta.

 

Sebagai penutup,

Dengan segala rasa hormat ku ucapkan terima kasih

kepada semua guru yang sudi memberi rekayasa buat diriku dan juga

saki seangkatan yang lain.



Hasil Nukilan

Nur Aisyah Abdullah

3 Dinamik


SELAMAT HARI GURU ! Saidatul tujukan video sajak ini khas untuk semua guru.

 


Saidatul Iqmar binti Suaimi daripada kelas 5 Stem 1 mendeklamasikan sajak ini khas untuk guru-guru SMK Jugra tersayang. Terima kasih Saidatul. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi awak selalu!



😍