Tuesday, 14 April 2020

100 MARKAH MEMBUATKAN MURID-MURID SMK JUGRA LEBIH SERONOK BELAJAR MATEMATIK

13 April 2020
SITI SUE LYANA FITRIYAH BINTI ROSLI 



Seramai tiga orang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra(SMKJ) , Banting, Selangor telah memperoleh 100 markah dalam mata pelajaran matematik pada peperiksaan awal tahun bulan Mac 2020. 
Mereka ialah Yap She Ying (4SC) , Nur Balqis Natasha Hamidon (4AC) dan Syanor Atykah Abdul SAMAD (4AC). 
Warga SMK JUGRA amat berbangga dengan pencapaian mereka  dan kejayaan ini membuktikan kesungguhan serta sokongan padu daripada guru - guru dan rakan-rakan yang lain. 
Sementara itu, Nur Balqis yang bercita-cita menjadi seorang akautan berkata, "petua untuk mendapat skor dalam matematik adalah fokus dan jangan malu bertanya apabila tidak memahami suatu perkara serta  membuat banyak latihan di rumah".
Yap She Ying yang ingin menjadi seorang penulis suatu hari nanti juga berkata, "petua yang diamalkan semasa belajar matematik ialah mementingkan pemahaman asal bagi suatu formula serta sentiasa hormat kepada guru". 
" Matematik ini adalah ilmu yang memerlukan latihan yang banyak. Ini kerana, menghafal formula tanpa latihan yang banyak akan menyebabkan kita mudah lupa dengan cara jalan kerja yang betul ", tambah Syanor yang juga ingin menjadi seorang akauntan.
Mereka juga berpesan kepada rakan-rakan yang lain agar tidak tidur semasa guru sedang mengajar, membaca soalan berulang kali ketika peperiksaan dan tidak lupa untuk melakukan ibadah kepada Tuhan. 

Nur Balqis, Syanor dan Yap She Ying juga mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah mengajar sehingga mereka memahami ilmu yang disampaikan dan berusaha untuk membuat pembelajaran atas talian. 

Jasa guru- guru tidak dapat mereka lupakan, dan detik ini adalah detik yang pasti tidak dapat dilupakan oleh mereka. 

Sempena PKP yang telah dimaklumkan oleh perdana menteri kita, murid - murid SMK Jugra hendaklah mengisi masa yang terluang dengan memantapkan lagi pemahaman tentang mata pelajaran yang telah dipelajari.








No comments:

Post a Comment