Wednesday, 29 April 2020

Program Jom Baca Bersama Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Warga Jugra

Oleh : Amirah Amanina 

 Program Jom Baca Bersama sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia telah diadakan pada 23 April 2020 jam 11.00 pagi yang lalu. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid SMK Jugra. Zaryl Reza, salah seorang murid dari kelas 4 Akaun telah berjaya menghasilkan video untuk menggambarkan detik-detik indah sepanjang program tersebut dijalankan dari rumah masing-masing. Program ini turut disertai oleh seluruh rakyat Malaysia sempena Program Selangor Membaca dan Malaysia Membaca yang diadakan secara serentak di seluruh negara. Ketika umat Islam mula menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini, murid-murid SMK Jugra tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan masa yang terluang semasa PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) kerana penularan jangkitan covid-19 dengan menjadikan buku dan Al-Quran sebagai sahabat mereka. Muhammad Najib dari kelas 3F turut menyatakan ,daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.Demikianlah peri pentingnya ilmu dalam kehidupan.Oleh itu,melalui program Jom Baca Bersama secara tidak langsung banyak memberikan manfaat kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment