Friday, 15 May 2020

JASA MU GURU KAN KU INGAT..πŸ₯°

SELAMAT HARI GURU ❣️❣️❣️Bukan sekadar ucapan , namun ilham yang ditulis oleh Nur Musfirah diiringi dengan linangan air mata kerana terlalu rindukan guru dan sekolah. ♥️


Guruku
kau hadir dalam hidup ku,
umpama cahaya ☀️ yang datang menerangi
kegelapan malam πŸŒ‘ ku,
guru adalah awan ☁️ indah
terbang rendah,
melimpahkan hujan🌧️.

Guruku
kau umpama lautan🌊 luas menghampar ilmu πŸ“š tidak terbatas,
bagai hempasan keras gelombang,
kepada murid mendamai tenang.

Guruku
kau laksana gunung agong,
tinggi berbukitπŸ”️ sabar iktibar,
persis batu dan pasir terdampar,
tugasnya mulia mendidik
dan mengajar πŸ‘©πŸ»‍πŸ«πŸ‘¨πŸ»‍🏫...

Guruku
ucapanmu adalah petunjuk πŸ‘‰πŸ» ku,
dalam ajarmu ada harapan,
dalam tegurmu ada doa 🀲🏻,
dalam marahmu ada sayangπŸ’,
dalam mesramu ada taqwa,
dalam diammu ada bijak sana,
dalam mendidik ada tegasnya,
ku kini menjadi insan berilmu dan berguna πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“πŸ‘¨πŸ»‍πŸŽ“...

Guruku
kau insan mulia,
membimbing dan mendidik ku,
kaulah insan yang kusanjungi,
guruku segala baktimu
akan ku balas dengan kejayaan ku,
akan ku buktikan kepadamu wahai guruku.

Guruku
kau mengajar ku berbagai ilmu,
kau memberi ku nasihat setiap waktu,
guruku kau ibarat
ayah πŸ‘¨πŸ»dan ibuku πŸ§•πŸ»,
guruku kau tidak pernah lelah mendidik ku,
mengajar ku dengan penuh sabar,
mengajar ku tentang
kehidupan,
mengajar ku tentang
pendidikan,
guruku jasamu akan ku ingat selalu,
terima kasih wahai guruku sayang 😘 ..

Nukilan
Nur  Musfirah  Amani binti Mustafa
3KAA

1 comment:

  1. Tq Mus.semoga sentiasa bahagia dan jd insan yg dihormati Oleh semua.takecare

    ReplyDelete