Monday, 11 May 2020

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Penulis mendedahkan beliau mengalirkan air mata semasa menuliskan nukilan ini. Beliau mendedikasikan puisi ini buat ibunya yang tersayang Nur Affidah binti Yunus dan juga kepada semua wanita yang bergelar ibu❤️😘😘.
Selamat  hari ibu  !❤️

Ibu,
kau mengandungku selama 9 bulan 10 hari
di dalam rahimmu,
kau membawaku ke mana sahaja kau pergi,
tanpa mengenal erti penat dan lelah,
kau bersabung nyawa melahirkanku dengan menahan sakit derita,
kau menjaga diriku siang dan malam tanpa rasa penat dan jemu,
kau mendidikku dengan penuh kasih dan sayang.

Ibu,
kaulah pelindung diriku,
kaulah penyuluh hidupku,
kaulah yang membesarkanku,
kaulah yang mendidikku tanpa ada rasa jemu.

Ibu,
kaulah yang amat kubanggakan,
kaulah tempatku bermanja,
kaulah tempatku bersedih,
kaulah segalanya bagiku,wahai ibu tercinta 😘

Ibu,
terlalu besar pengorbananmu,
tidak dapat kubalas walau berapa banyak nilai wang ringgit,
sebagai seorang perempuan,
mempunyai jiwa yang hebat di mataku,
menyayangiku dan mendidikku tanpa mengenal erti penat
dan lelah,
mendampingiku di setiap hari-hariku,
ibu sentiasa ada di waktu aku sedih,
gembira,susah dan senang.

Ibu,
kau adalah perempuan terbaik di dalam hidupku,
kau memberiku erti kehidupan,kesusahan dan motivasi di setiap liku-liku kehidupan.

Ibu,
betapa bahagianya aku
masih dapat merasakan kasih sayang,
sentuhan belaian dari tanganmu dan air tangan dari masakanmu,
 bertuahnya aku masih mempunyai ibu
😭😭😭..
betapa senangnya hati ini bila aku dapat melihat ibuku gembira dan tertawa.

Ibu,
betapa sedihnya hatiku ini bila adakalanya aku melihat ibu menangis,
kerana ada yang membuatkan hati ibu terluka dan terguris.

Ibu,
setiap kali ibu memelukku dan berkata
sesuatu kepadaku,
setiap kata-katamu menusuk ke dalam kalbu

Ibu,
kau selalu berpesan dan menasihati diriku..
"jadilah anak yang baik,solehah,menjaga solat  supaya menjadi manusia
yang berguna pada bangsa,agama dan negara”
ibu juga sering berpesan “belajarlah rajin – rajin wahai anakku sayang
supaya kau berjaya dan  mencapai cita-citamu”
teringat pesan ibu,
hatiku ini berasa sebak 😔 dan sedih 😭

kutitipkan doa ini buat ibuku sayang..
ya Allah🤲🏻🤲🏻
lindungilah ibuku,
rahmatilah ibuku,
panjangkanlah umur nya,
jauhkanlah ibuku dari segala penyakit bahaya,
berkatilah kehidupan ibuku,
curahkanlah rahmat-Mu untuk ibuku,
bahagiakanlah kehidupan ibuku,
jauhkanlah ibuku dari azab api neraka,
masukkanlah ibuku ke dalam syurga,
berkatilah kehidupan ibuku,
berkatilah  pekerjaannya,
bantulah aku supaya aku menjadi anak yang solehah,berjaya,
dapat berbakti kepada ibuku dengan sepenuh hatiku...
ya Allah🤲🤲..
sepuluh jari tanganku 👐👐 kutadahkan🤲🤲
kepadamu ya Allah ,kuserahkan segala doaku,
semoga  segala doaku ini dikabulkan ya Allah.
Amin  ya rabbal'alamin🤲🤲


aku amat menyayangimu dan mencintai dirimu
wahai ibuku sayang
😘😘😘...

Ibu,
terima kasih diatas segala jasamu,kasih
sayangmu yang begitu berharga,
segala titik peluhmu,penat lelahmu selama ini dan pengorbananmu,
tanpamu aku tidak dapat melihat indahnya dunia ini.

Nukilan
Nur Musfirah Amani
(kelas:- 3 kaa)

No comments:

Post a Comment