Friday, 19 May 2023
Guruku hasil nukilan Amani Sumayyah
Pergi ke dusun menanam pokok ara,
assalamualaikum kepada semua.
Guruku,
engkaulah yang telah mendidikku,
tanpa kamu kami tidak akan berjaya,
tanpa berkat ilmumu kami hanyalah sebatang kara,
tanpa kamu kami tidak akan tahun mengira dan membaca.
Guruku,
engkau adalah seperti cahaya kepada kami,
cahaya yang memberikan petunjuk kepada kami,
jalan untuk kami berjaya,
berjaya di masa hadapan.
Guruku,
jasamu akan kami kenang selama-lamanya,
kisah pahit dan manis,
gelak tawa yang sering didengari,
suara lembut yang sentiasa menegur kami.
Guruku,
engkau sentiasa bersabar dengan perangai anak muridmu,
walaupun mereka degil namun kamu tetap bersabar,
engkau sentiasa membantu anak muridmu,
tanpa kira lelah dan penat.
Guruku,
kami memohon maaf sekiranya tersilap kata,
kami memohon maaf daripadamu,
terima kasih kerana telah mendidik kami,
semoga engkau dikurniakan nikmat yang melimpah ruah
pergi ke kedai bersama Soraya,
sekian daripada saya.
Selamat hari guru
Nukilan sajak,
Amani Sumayyah binti Adnan Kameng
3 Bijak
Tuesday, 16 May 2023
Video Hari Guru yang mengimbau kenangan
Sajak " Terima kasih guruku" daripada Wan Rahmat
Terima kasih guruku
Wahai guruku
Kuucapkan ribuan terima kasih padamu
yang telah mendidikku dari dulu
yang telah melatihku agar mampu
Masa terkenang berangkat lalu kini kumelangkah di alam baharu
Sebagai remaja yang dididik guru
sebagai murid yang melangkah maju
Menjadi bangsa yang mengamalkan ilmu
Terima kasih wahai guruku
kerana telah meluangkan masa untukku
agar dapat menyampaikan banyak ilmu
untuk membantu mencapai cita-citaku
yang kini hanyalah angan-anganku
menjadi realiti dalam hidupku
Ketahuilah wahai guru
Jasamu disini tidak menyia-nyiakan waktu
dalam mendidik murid agar bergerak maju
kerana kami di sini
tak pernah melupakanmu.
NUKILAN
WAN MUHAMMAD RAHMAT BIN NORDIN
5 SASTERA
Tarikh Keramat 16 Mei 2023
16 Mei 2023.
Di rumah, kita mempunyai kedua ibu bapa yang sentiasa memberi nasihat, dorongan, pandangan dan perhatuan. Di sekolah mereka para guru yang memegang amanah kedua ibu bapa untuk menjaga, mendidik dan sekaligus memberi nasihat kepada kita. Banyak perkara yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita, justeru tidak ada salahnya jika hari ini kita meraikan hari istimewa buat mereka.
Dengan meraikan hari guru kita dapat memperingati dan mengenang segala jasa yang telah mereka curahkan kepada kita. Hadirnya mereka membantu kita untuk mengenali huruf dan nombor seperti abc dan 123. Tanpa sosok mereka, belum tentu lagi kita mampu mengira dan membaca sehingga sekarang. Sentiasa bersyukurlah sebagai seorang murid kerana diberi peluang untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan mereka.
Setiap guru tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana mereka juga manusia biasa. Andai terkasar bahasa disaat dirinya sedang mendidik, minta dimaafkan. Marah mereka bukan bererti benci jauh sekali mengeji tetapi marah mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia contoh. Sebagai murid berlapang la dada dalam menerima sebagai teguran dan jangan sesekali menyimpan dendam
Jadi, marilah kita menyambut hari guru ini dengan penuh rasa hormat dan bangga atas kesabaran dan ketabahan yang sentiasa diterapkan oleh mereka dalam diri kita untuk menjadi murid yang berwawasan Dan berdaya saing.
Sekian, terima kasih.
Penulis:
Nur Aisyah binti Abdullah
3 Dinamik
"Puisi Kecilku" hasil nukilan Nur Amalia
PUISI GURUKU♥️
GURU,
Engkau bagai pelita ilmu
Engkau penerang dalam segala cahaya
Engkau juga penerang gelapnya ilmu kami
Tanpa mu hidup kami gelap tanpa ilmu
GURU,
Engkau amat sabar dalam mendidik kami
Engkau terus mendidik kami
Engkau juga terus mengajari kami sehingga ke menara gading
Tanpa rasa keluh dan kesah
OH GURU,
Jasamu akan Ku kenang selalu
Itu semua berawal dari didikan mu
Tidak sia-sia pelajaran yang telah engkau berikan kepada kami wahai guruku
Terima kasih atas didikan yang engkau berikan kepada kami
Hanya sebuah puisi kecil ini yang mampu Ku buat untukmu semoga engkau bahagia wahai guruku
TERIMA KASIH GURUKU♥️🌹
Selamat hari guru kepada guru - guru SMK JUGRA
Nur Amalia Binti Kamarudin
5 Sastera
Semoga kau bahagia guruku hasil nukilan Adrianna
GURUKU 😌
Wahai guruku...
engkaulah yang membuatku pintar
engkau juga mengajari kami
dan engkau juga orang tua kedua kami
oh guruku...
namamu akan selalu ku kenang
sampai maut menjemputku
sampai akhir usiaku
engkau bagaikan pelangi hidupku
engkau bagaikan malaikat kecilku
engkau bagaikan lampu yang tak pernah padam
dan engkau bagaikan pahlawan tanpa tanda jasa
jika kau bersedih kami juga turut sedih
jika kau bahagia kamipun turut bahagia
senyummu bagaikan sinar kebahagiaan bagi kami
Hari ini adalah hari engkau
kami amat menyayangimu guruku
Terima kasih kerana telah mendidikku
Hanya sebuah puisi kecil
yang ku buat untukmu
semoga kau bahagia wahai guruku
Terima kasih guruku 🌹♥️
Selamat hari guru kepada guru - guru SMK JUGRA 💐
Adrianna Natasya Binti Juriman
5 Sastera
Kathrina tujukan pantun ini khas untuk guru SMK Jugra
Pantun Hari Guru
Pagi hari membelu sagu,
Sagu dibeli bersama tauhu,
Selamat hari guru buat cikgu,
Semoga cikgu riang selalu.
Angin menderu dengan sempoinya,
Di anak tangga duduk sendirian,
Kasih guru akan muridnya,
Masa ada rela dikorban.
Hendak mengail di tepi paya,
Seluas alam bumi terlentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang
Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru SMK Jugra❤️"
Kathrina Amar Daniela Binti Kamarulzaman
5 Sastera
LUKISAN HARI GURU BUATMU GURU
"Dia" istimewa untukmu guru SMK Jugra
"DIA"
Hadir dirinya tidak mudah kuterima,
berjauhan dari ibu untuk setengah hari bukanlah hal yang mudah,
tetapi dirinya tidak pernah berputus asa
untuk membuatku berasa nyaman bersama dirinya.
Siapakah dirinya, akan kuceritakan di akhir mukadimah.
Tatkala hati ini keras ingin menerimanya,
dengan sopan ia melembutkannya bagai rebung yang masih
baharu.
Atas keikhlasannya, hati ini semakin terbuka untuk
menerima dirinya.
Hari demi hari yang berlalu,
hati ini mula menumpahkan kasih kepadanya.
Keikhlasan dan ketabahannya yang kental,
akhirnya diri ini mula menerima kehadirannya.
Dia. Dia yang akan kugelarkan sebagai guru tercinta.
Jadi dengan itu, izinkanlah diri ini untuk bercerita
tentang dirinya.
Sebermulanya dini hari,
tidak sabar hati ini untuk bertemu dengannya.
Memulakan hari dengan semangat atma yang
ingin menuntut ilmu bersama dirinya.
Keasyikan bergurau senda dan berbagi cerita bersamanya,
membuatkan aku lebih ceria untuk menjalani rutin
kehidupan.
Syahadan,
pastilah ada masa di mana
dirinya merasa geram dengan sikapku yang kadang
keterlaluan.
Tetapi, tidak pernah ada sekecil zarah dendam pun
yang bertapa di dalam atma ini kerana aku tahu,
ia nya demi kebaikan kesuma yang agus di waktu
seterusnya.
Perasaannya terkadang bagaikan prahara
kerana murid yang bukan hanya diriku.
Jadi, telahku fahami andai angin dirinya tidaklah selalu
baik.
Aku tabik kepadanya atas kesabaran dan ketabahan hebat
yang
mereka terapkan di dalam atma demi mengajari anak murid
tercinta.
Sebagai penutup,
Dengan segala rasa hormat ku ucapkan terima kasih
kepada semua guru yang sudi memberi rekayasa buat diriku
dan juga
saki seangkatan yang lain.
Hasil Nukilan
Nur Aisyah Abdullah
3 Dinamik
SELAMAT HARI GURU ! Saidatul tujukan video sajak ini khas untuk semua guru.
SAJAK "ISTIMEWA HARI GURU" HASIL NUKILAN NORSYAZANA
ISTIMEWA HARI GURU
Sebermula cerita
tentang hari istimewa,
siapakah gerangannya?
akan kusebut di akhir kata
marcapada ini,
telah sirna
istilah mereka mengherdik
arakian mereka sendiri yang diherdik
sungguh nestapa
perasaan hormat kian sirna
sedangkan mereka
ratna yang sujana.
Izinkan saya mengimbas kenangan
agar semua jadikan teladan.
Tatkala diri ini lemah
guru hadir sebagai bintang kejora
menerangi kalbu yang kelam,
pembakar semangat jiwa dan raga.
Tatkala kusakit
guru pasti cakna
cemas hati hingga terleka
sanggup meninggalkan tugas
Semata mata mengubat luka..
Mereka tidaklah bengis
bukan juga seperti singa
cuma tegas,
untuk melihat kita
Jadi insan yang berguna
buat agama,bangsa dan negara.
Keringat membasahi
tubuh,
mengorbankan penat lelahnya
mengajar tanpa keluhan
dapat melahirkan
"manusia yang sujana".
Sedarlah kita,
semua kesuma,
yang bekerjaya,
tidak akan lahir ,
Jika tiada insan yang bergelar guru
gelaran guru ini juga
tidak akan lahir
jika tidak dididik oleh seorang guru.
Indah permana segala jasanya
keikhlasan hati yang tak mengharapkan hadiah
kecuali sebuah doa
Sajak Hasil nukilan
Norsyazana 3 Usaha
Doodle Selamat Hari Guru yang comel !
Hasil lukisan doodle yang comel ini dilukis oleh Nur Aleeya Sakinah binti Abd Rahman daripada kelas 5 Akaun. Terima kasih Aleeya yang berbakat dalam melukis. Teruskan berkarya menghasilkan lukisan yang bermanafaat.
TERIMA KASIH CIKGU! Video daripada Teoh Shu Ying
VIDEO HARI GURU DARIPADA AMAL IHSANI
Sajak hari guru" dari Norsyazana Binti Kamarul Zaman dari kelas 3 Usaha. Hayati bait-bait sajak yang beliau nukilkan.
Hadiah Hari Guru yang pertama ini sangat istimewa. Murid ini mencipta sajak dan mendeklamasikan sajaknya serta menghasilkan video yang menyentuh perasaan. Terima kasih Norsyazana.