Thursday, 2 September 2021

AZLIYANA MENGAJAK KAWAN-KAWAN MENUNTUT ILMU MELALUI PANTUNNYA

Pantun Ilmu



Manis dimakan buah pulasan,

Teringat pula desa yang di kejauhan;

Carilah ilmu tanpa batasan,

Jauh pemandangan luas pengetahuan.


Buah dikait guna pengalan,

Jatuh di kaki sakit berdenyut;

Malu bertanya sesat di jalan,

Malu mengayuh perahu hanyut.


Jauh perjalanan ke Tanjung Medan,

Singgah sebentar membeli jamu;

Jika mahu dijadikan teladan,

Baiki sikapmu sanjungi ilmumu.


Karya

Azliyana Saad

5 Sains

PANTUN KHAS UNTUK BARISAN HADAPAN ISTIMEWA DARIPADA NADYA

 Keteguhan Barisan Hadapan


Indah terlihat di sudut sana,

Dihiasi dengan gelak dan tawa;

Dikala merebaknya wabak durjana,

Mereka teguh menyelamatkan nyawa. 


Riang ria si anak tupai,

Menari dansa di atas dahan;

Makin hari makin terkapai,

Mencari sinar menempa harapan.


Jauh perjalanan luas pengalaman,

Pengalaman tersimpan wajar digunakan;

Diri sendiri bukan lagi keutamaan,

Beribu nyawa perlu diselamatkan.


Setiap insan ada kekurangan,

Kekurangan bukanlah satu alasan;

Tugas dilaksana tanpa bantahan,

Hadapi ujian pemberian Tuhan.


Karya 

Nadya Alias

5 Sains


PANTUN ALAM SEKITAR NASIHAT BERGUNA DARIPADA MAI SINAN

Pantun Alam Sekitar


GAMBAR HIASAN

Ikan siakap berjuta dibela,

Jual di pasaran diborong sakan;

Amalkan sikap mengitar semula,

Agar pencemaran dapat dikurangkan.


Dari teluk telusuri hutan,

Hijaunya gah aneka tumbuhan;

Cantik nan elok bila dilestarikan,

Demi menjaga pinjaman tuhan.


Membawa berita dari muara,

Penuh sisa karat besi;

Laut kita perlu dipelihara,

Agar dirasa semua generasi.


Karya 

Mai Sinan

5 Sains


PANTUN PERPADUAN HADIAH DARIPADA NUR ALISA SEMPENA KEMERDEKAAN

 PANTUN PERPADUAN



Burung nuri tinggi di awan,

Tikus mati disambar helang;

Negara sejahtera adanya perpaduan,

Rakyat terbilang, Malaysia cemerlang.


Buah dimakan tiada rasa,

Buah dimakan sambil memandu;

Perpaduan penting dikalangan bangsa,

Supaya hidup lebih bersatu padu.


Bersiar-siar di Lahad Datu,

Mengenang peristiwa sukar dilupa;

Negeri makmur bangsa bersatu,

Menjadi lambang bangsa merdeka.


Karya

Nur Alisa Najwa

5 Sains

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Hasil penulisan Vinusha 5 Sains



Merdeka!

Kata-kata keramat yang membawa pengertian yang sangat besar dan bukan setakat yang hanya dilafaz di mulut. Demi sebuah kemerdekaan dari belenggu penjajah, banyak nyawa terkorban di medan perang. Kemerdekaan yang diperoleh pada 31 Ogos 1957, menamatkan penindasan kuasa asing terhadap kita,rakyat Malaysia. Menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat bukan mudah. Pernah dijajah 446 tahun, perjuangan perit generasi lalu perlu kita sentiasa hayati bersama.  

Nafas kemerdekaan selama 64 tahun ini membuatkan rakyat Malaysia cukup alpa dengan kebebasan yang kita peroleh.

Penghinaan terhadap negara, mencaci pemimpin negara dan kes-kes jenayah di media sosial sering menjadi tatapan masyarakat.

Kenikmatan kebebasan kian beransur hilang dan kemerdekaan terasa seakan- akan disalah guna oleh masyarakat.

Masih segar di sanubari saya, sewaktu saya masih kecil, jalur gemilang berkibar megah di setiap rumah, pejabat dan kereta namun saya tidak menyedari bahawa itu semua sekadar perbuatan hanya untuk tatapan semata-mata. Apabila Saya menelusuri secara halus,ternyata penghayatan serta rasa cinta akan negara tiada Dalam diri rakyat malaysia. Malahan ia kian pudar hari demi hari namun kini kelihatan ada sinar dalam kelam sebagai penyelesaian untuk membendung masalah ini. Jika dahulu kita melawan penjajah, hari ini kita melawan virus Yang tidak dapat dilihat mata kasar. 

Virus Covid-19 memberi tamparan yang hebat kepada setiap rakyat malaysia dan memberi kesedaran makna sebuah kemerdekaan sebenar. Rakyat malaysia gentar dengan pandemik yang menjadi  mimpi ngeri seluruh dunia. Setiap hari, baratus-ratus nyawa terkorban di malaysia dan ia membuatkan rakyat Malaysia berjuang bersama-sama tanpa mengira agama dan kaum dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.Tahun ini,negara sedang menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 dengan tema 'Malaysia Prihatin'. Tema 'Malaysia Prihatin' bermaksud kebersamaan rakyat Malaysia, berganding bahu memerangi dan melawan COVID-19. Dengan ini, bukan sahaja Kita dapat membendung virus Covid-19 namun dapat menyedarkan rakyat malaysia makna kebebasan sebenar. Semoga penyesalan rakyat malaysia belum terlewat dan nafas kemerdekaan sebenar dapat dihirup dalam waktu terdekat.


Hasil penulisan

VINUSHA A/P SINNAIAH

5 Sains 2021

Friday, 13 August 2021

Doodle ini sangat cantik. Terima kasih Pavithrah

 Pavithra dari kelas 3 Adil melukis doodle yang cukup istimewa khas untuk guru-guru SMK Jugra. Terima kasih Pavithrah Santhru



Monday, 17 May 2021

Kad Ucapan Hari Guru daripada Sahrvni sungguh istimewa

Sahrvni a/p Velmurugan bersungguh-sungguh membuat kad ucapan Hari Guru istimewa buat semua guru-guru SMK Jugra. Terima kasih Sahrvni dari kelas 1 Amal. Semoga berjaya.








Saturday, 15 May 2021

Video Selamat Hari Guru daripada Ziqri

 Terima kasih Muhammad Ziqri bin Muhd Fauzi dari kelas 1 usaha yang menyediakan video ini.



𝗚𝗨𝗥𝗨 hasil nukilan Vinusha

𝗚𝗨𝗥𝗨

Kau bagai mentari pagi

Yang membawa seribu harapan baru

Untuk mencapai cita-cita

Yang menjadi angananku

kau bagai pelita 

Yang menerangi ku kala kegelapan

Kau bagai lilin

Yang membakar diri 

untuk menerangi kami anak muridmu

Kau bagai warna

Yang menghidupkan kanvas hidupku

Jasa yang dikau tabur tidak terhingga

Sebuah lafaz terima kasih 

Tidak membalas keringat dirimu

Tidak membalas ketulusan hatimu

Tidak membalas keikhlasan dirimu

Akan kukenang dirimu

Sehingga nyawa dikandung badan

Sehingga nafasku masih ada

𝓗𝓪𝓼𝓲𝓵 𝓷𝓾𝓴𝓲𝓵𝓪𝓷

𝗩𝗶𝗻𝘂𝘀𝗵𝗮 𝗮/𝗽 𝗦𝗶𝗻𝗻𝗮𝗶𝗮𝗵

5 ՏᗩIᑎՏ


Video Ucapan Selamat Hari Guru murid 5 Teknologi

 "Cikgu, saya Nuriy Nazihah binti Norhizam ada menyediakan video utk Hari Guru", itu ayat dalam pesanan ringkas murid dari kelas 5 Teknologi ini. Terima kasih Nuriy :)



Happy Teacher's Day by Tanushaa

Video Happy Teacher's Day ini disunting oleh Tanushaa dari kelas 2 Gigih.  Khas untuk guru-guru SMK Jugra.


 

Lukisan doodle Selamat Hari Guru oleh Raihanah

 Lukisan yang cantik ini dilukis oleh Nur Aina Raihanah 1 Dinamik