Tuesday, 2 June 2020

Edisi Khas Program Pendidikan Pencegahan Dadah

Video dihasikan oleh Naren Mohan

Edisi khas kali ini sangat penting  untuk dibaca dan  difahami oleh pembaca.
Program pendidikan pencegahan dadah telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Di  SMK JUGRA ia telah dijalankan bermula dari bulan Januari tahun 2020.

Empat orang kaunselor yang sangat berdedikasi terlibat dalam program ini iaitu K.Gandhimathi a/ p Kasinathan, Azmi b Othman,Norita bt Jamaluddin dan Nurhazwah Estiar.
Video dihasilkan oleh Farisya Syakira

PENGENALAN
Program  Pendidikan Pencegahan Dadah adalah satu bentuk pendidikan  kepada  murid-murid untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah dan terjebak dalam masalah sosial. Berdasarkan senario semasa, ramai anak muda yang terlibat dalam penagihan dadah adalah merupakan mereka yang tidak mendapat didikan awal berkaitan dengan bahayanya dadah. Kebanyakan jenayah dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah dalam kalangan mereka yang tidak mendapat didikan awal berkaitan dengan bahayanya penyalahgunaan dadah. Pendedahan awal dalam pencegahan dadah ini adalah sangat penting  memandangkan murid di sekolah adalah golongan yang paling sesuai.

OBJEKTIF
Program Pendidikan Pencegahan Dadah  ini adalah:
3.1  Menyampaikan   maklumat  bahaya DARVIH kepada murid sekolah, guru dan kakitangan sekolah.
3.2. Memberi kesedaran  kepada murid-murid  sekolah ini berkaitan dengan bahaya penggunaan dan penagihan dadah.
3.3  Memberi  maklumat  berkaitan dengan masalah sosial  yang berkaitan  DARVIH  semasa  PKP.

TEMPAT:              Dirumah masing-masing
SASARAN:           Semua murid SMK Jugra,guru dan kakitangan
Method program:   google classroom,whatsap,buletin temasya

Jom Ambil Tahu










Semua kaunselor terlibat dalam program ini.  
Semoga semua  warga  Jugra termasuk guru dan murid diharapkan 
dapat melibatkan diri dalam membantu  misi  dan visi PPDA 
tercapai.Terima kasih diucapkan. 

Bahan disediakan oleh,
K.GANDHIMATHI A/ P KASINATHAN




Monday, 1 June 2020

Hikmah Covid-19

Hasil penulisan daripada Siti Sue Liyana yang bertajuk Hikmah Covid-19 ini pernah memenangi hadiah tempat ke empat peringkat daerah bagi kategori pertandingan Esei Digital dalam pertandingan yang dianjurkan Persatuan Puteri Islam Malaysia Kuala Langat baru-baru ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau. Semoga terus berusaha dan cemerlang dalam menghasilkan penulisan yang bermutu pada masa akan datang.

Dalam mendepani realiti baharu dunia yang semakin pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sedang berhadapan dengan masalah wabak penyakit Covid-19 yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi.  Wabak ini semakin menular dengan pantas tanpa kita sedari. Seperti yang sudah kita ketahui, wabak ini menular dari Wuhan, China. Sebagai seorang individu yang prihatin dengan keadaan semasa, kita semestinya risau dengan impak yang terus menular ini seakan tiada titik noktah. Tetapi, tahukah anda bahawa selepas hujan berhenti pasti pelangi akan menghiasi langit? Begitu juga dengan keadaan dunia sekarang. Lebih - lebih lagi kes ini masih lagi aktif dalam bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Persoalannya, apakah hikmah Covid-19 ? 

Antara hikmah perdananya dapat melahirkan individu yang bersifat prihatin akan kesusahan yang dihadapi oleh insan lain. Contohnya , pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing dalam dunia dakwah malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Ustaz Ebit Lew kini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia susulan daripada keprihatinan beliau dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini demikian, dapat membuka mata hati semua rakyat Malaysia khususnya untuk berganding bahu memberi sumbangan mahupun bantuan  dalam pelbagai cara. Antaranya dalam bentuk wang ringgit dan barangan keperluan harian. Jika sebelum ini rakyat Malaysia seperti katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui atau mengambil peduli bahawa masih ramai lagi golongan yang kurang bernasib baik di luar sana. Kini sudah ramai individu yang mengikuti jejak langkah Ustaz Ebit Lew iaitu ikhlas dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan ini. ini.  Hal ini, merupakan salah satu hikmah yang tidak dapat dirasai oleh semua individu dan langkah tersebut secara tidak langsung telah membuka pandangan masyarakat luar bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang perlu dicontohi dan dijadiakn sebagai role model bagi masyarakat negara lain. Impaknya negara Malaysia dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. 

Selain itu, hikmah yang diperoleh melalui wabak Covid-19 ini adalah dapat menambah ilmu pengetahuan yang baharu dalam pelbagai bidang. Hal ini dibuktikan dengan adanya kelas, latihan, mahupun kursus melalui atas talian khususnya terhadap individu yang berminat dan tertentu sahaja. Dengan kecanggihan teknologi kini, mereka boleh mengetahui bahawa di rumah juga mereka mampu melakukan pelbagai aktiviti  yang bermanfaat, ringkas dan sesuai dengan kemampuan diri sendiri. Contohnya seperti mempelajari teknik senaman yang sesuai dan selamat untuk dipraktikan dalam rumah . Oleh hal yang demikian, mereka dapat mempraktikkan ilmu tersebut walaupun  Perintah Kawalan Pergerakan telah ditamatkan. Kita juga dapat mencuba beberapa resepi baharu yang tidak pernah kita masak. Sebagai contoh, Kuih Tepung Pelita, Kuih Sagu, Kuih Lompat Tikam, Kuih Akok dan Kopi Dalgona  iaitu air kopi yang sedang popular sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan wang daripada dihabiskan dengan membeli makanan yang mahal tetapi belum tentu menepati cita rasa sendiri. Hal ini bertepatan dengan cogan kata ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. 

Disamping itu, mengeratkan hubungan kekeluargaan juga ialah salah satu hikmah Covid-19. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan kita dapat memanfaatkan masa ketika berada di rumah bersama keluarga tersayang dengan lebih kerap dan penuh bermakna. Kita sering mengeluh kekurangan masa untuk bersama dengan keluarga atas tuntutan hakiki iaitu  sibuk berkerja. Apabila kita diberi peluang seperti situasi kini, maka masa dan peluang tersebut tidak harus disia-siakan. Banyak aktiviti kekeluargaan dapat dilakukan di rumah untuk mengeratkan hubungan silaturahim.  Antaranya ialah membaca, menonton televisyen bersama, bermain permainan atau  bertukar pandangan bersama ahli keluarga yang lain dengan tujuan merapatkan hubungan dan meningkatkan komunikasi bermakna antara ahli keluarga. Ibu bapa juga dapat memanfaatkan masa tersebut dengan lebih mengenali diri anak-anak mereka. Ibu bapa berperanan sebagai teladan hasanah bagi melahirkan individu yang bersifat penyayang. Pembentukan keluarga yang penuh mawaddah warrahmah dapat ditingkatkan. 

Akhir sekali, mendalami ilmu agama juga ialah salah satu rahmat di sebalik dugaan ini. Sebagai contoh, memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Pada waktu inilah ibadah yang dahulunya tidak sempat disempurnakan kerana terlalu sibuk mengejar  nikmat dunia dapat  digantikan semula atau di qada'. Jika kita sebelum ini, sukar sekali untuk membaca kalam Allah kerana ketiadaan kesempatan waktu, maka pada waktu inilah masa yang terluang perlu diisi semaksimum mungkin  dalam kehidupan seharian kita. Semakin banyak kita mempelajari ilmu agama, semakin mantap keimanan seseorang terhadap Pencipta-Nya maka kita akan mengagumi kekuasaan-Nya dengan sentiasa bersyukur dalam meneruskan kehidupan bukan mendabik dada. Hal Ini dikatakan demikian adalah kerana sebahagian daripada rahmat Allah kepada makhluk-Nya termasuk diri saya sendiri dengan dihantarkan sedikit daripada peringatan wabak Covid-19 ini, untuk kembali kepada Allah dan tidak jauh daripada Allah. Sesungguhnya nikmat ibadah itu lahirnya daripada hati yang mengenal dan cinta akan Allah. 

Tuntasnya, sebagai seorang individu kita hendaklah selalu melihat dengan mata hati bahawa sesungguhnya kepahitan dan dugaan yang dialami di dunia ini adalah kemanisan di alam akhirat. Hal ini demikian kerana, wabak ini merupakan ketentuan daripada Tuhan. Ahli solihin islam pernah mengatakan bahawa kadangkala nikmat yang besar diberi oleh Allah dengan melalui ujian atau musibah. Sedangkan yang lainnya diberikan - Nya ujian dengan kenikmatan". Ujian serta kenikmatannya  boleh diturunkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya, namun untuk merasai nikmat yang diberi melalui ujian tidak semua  dapat dirasai oleh individu tersebut.

Friday, 29 May 2020

Kad Raya dari Thanes

Dengan ucapan "selamat hari raya Cikgu" , Thanes a/l Murugan
dari kelas 1E mengirimkan kad raya sebagai pengganti diri. 


Apabila Tiba Masanya


Tuhan
Apabila aku melihat laut bila akan reda alunan ombaknya
Lalu jawab laut tunggulah apabila kering airnya.

Tuhan
Apabila aku merasa bayu bila akan terhenti hembusannya
Nanti jawab bayu tunggulah apabila tiba ribut taufan melanda.

Tuhan
Apabila aku melihat purnama bila
akan hilang sinarnya
Lalu jawab purnama tunggulah apabila mentari melebarkan sayapnya.

Tuhan
Apabila aku melihat mentari bila akan hilang silaunya
Lalu jawab mentari tunggulah apabila purnama kembali menjelma.

Tuhan
Apabila aku melihat alam bila akan pupus hidupnya
Lalu jawab alam tunggulah apabila tiba kemarau panjang.

Tuhan
Apabila aku melihat aku bila akan tiba ajal mautnya
Tunggulah nanti apabila tiba masanya.

Ya Allah
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. 
Amin


~insan kerdil~

Wednesday, 27 May 2020

Ucapan Hari Raya Warga Jugra

Tiada pertemuan , tiada ziarah, tiada bersalaman . Namun PKP yang dihadapi oleh semua warga Jugra tidak menghalang pertemuan di alam maya. 
Dua buah video hasil suntingan daripada Cikgu Norziah menggabungkan ucapan hari raya aidilfitri guru-guru dan warga SMK Jugra sempena PKP 2020. Ukhuwah persaudaraan  rakan sekerja pastinya menjadi kenangan paling manis bagi tahun 2020 apabila beraya di alam maya♥️🤝






Saturday, 23 May 2020

Ucapan Raya Paling Menyentuh Hati

Siapa tidak kenal Puan Siti Hadijah Mohammadin, seorang guru Sastera yang mempunyai bakat luar biasa. Ucapan hari raya paling menyentuh hati dan boleh menitiskan airmata daripada beliau sebelum beliau bertugas di tempat baru🥰 Tiada ucapan lebih bermakna melainkan doa. Sama-sama kita dengarkan apa katanya.



Video Ucapan Aidilfitri 2020

Murid ini tidak pernah jemu memberikan ucapan dan kali ini video ucapan hari raya daripada Zahir Rusydi pasti akan membuatkan semua orang tersenyum😊

Kad Digital Hari Raya

Kad digital hari raya sebagai pengganti diri, Nor Faizatul Liyana binti  Harman daripada kelas 4 Teknologi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jugra🥰

Selamat Hari Raya daripada Team Mentor Google Classroom

Ucapan Selamat Hari Raya daripada  Team Mentor Google Classroom berupa poster yang menarik ini diabadikan oleh Cikgu Amizah khas untuk tatapan semua warga Jugra. "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada kami Team Mentor Google Classroom!" 


Sunday, 17 May 2020

Happy teacher's day[爱心]

Walaupun 16 Mei telah berlalu namun murid ini tidak mahu namanya ketinggalan dalam mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMk Jugra. Karya dalam tulisan bahasa Cina oleh beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. 

Happy teacher's day[爱心]♥️
  亲爱的老师,向您表达我最衷心的感谢。在人生旅途上,您为我点燃了希望之光,您所做的一切润泽了我的心灵,开阔了我的视野。今天我向您致以崇高的敬意。我深深地感激您所做的一切。您不仅是一位合格的教师,更是一位好朋友,谢谢您所做的一切。老师,今天是您的节日,请接受来自学生最简单真诚的祝福,祝愿我的老师在未来的日子里教学事业顺利如愿!家庭温馨美满开心!爱情甜蜜幸福如醉!教师节快乐[爱心]

Translation:
My heartfelt thanks to you, dear teacher.
On my voyage of life, you have kindled in me the light of hope. What you have done has enriched my mind and broadened my view. 
On this day I honour you sincerely.I am truly grateful to you for what you have done.
You are a qualified teacher and a very good friend. 
Thank you for all that you have done.
Teacher, 
today is your special day, please accept the simplest and sincere blessings from your student, and to wish you, my teacher, a continuous successful teaching career! 
May the family be warm and happy! 

Happy teacher's day♥️

Xin Yi🥰
4PSK

Friday, 15 May 2020

Khas buatmu guru

Video hari guru yang menggamit perasaan dan penuh nostalgia. Video yang dihasilkan oleh Nor Faizatul Liyana binti Harman dari kelas 4 Teknologi ini ditujukan buat semua guru SMK Jugra♥️



Guruku insan mulia

Hasil Karya dua orang sahabat sebagai tanda penghargaan buat semua guru SMK Jugra🥰

Guruku insan mulia
mengajar tanpa rasa jemu
mendidik tanpa rasa penat 
mencurahkan kasih sayang
sepenuh rela
demi melihat
anak muridnya berjaya.

Guruku  insan mulia
pemberi ilmu paling setia
sentiasa tabah dan sabar
buat anak muridnya
di masa depan.

Guruku  insan mulia 
sedia membantu
sedia memberi
sedia membimbing
demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Guruku  insan mulia 
terima kasih di atas segala tunjuk
ajarmu
akanku panjatkan doa untukmu
agar engkau sejahtera selalu.

Hasil Karya Bersama
Nur Najwaa Syafiah dan Ainur Hanani dari kelas 3B

Doodle Hari Guru

Doodle ini sungguh unik apabila si pembuatnya bertungkus lumus menyiapkannya semata-mata untuk dijadikan sebagai hadiah hari guru pada tahun ini. Rossalinda dari kelas 4 Akaun menyatakan "doodle ini untuk semua guru yang pernah memberi tunjuk ajar dan tidak pernah berputus asa untuk mendorong saya menuju kejayaan".