Saturday, 15 May 2021
Dengarkan Ucapan Selamat Hari Guru daripada Aiman
Ucapan Hari Raya daripada 'Amal
"Assalamualaikum cikgu. Saya Muhammad 'Amal Ihsani Bin Zulkifli dari KELAS 1 USAHA, nak hantar video ucapan selamat hari raya." Terharu rasanya apabila murid-murid kelas 1 Usaha begitu prihatin untuk menghantarkan ucapan. Terima kasih 'Amal.
Ucapan Hari Raya Muhammad Ziqri
Video ucapan hari raya daripada Muhammad Ziqri bin Muhd Fauzi dari kelas 1 Usaha. Ditujukan khas buat semua ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan.
Wednesday, 12 May 2021
Video Selamat Hari Raya daripada murid 1 Usaha
Terima kasih buat NORSYAZANA BINTI KAMARUL ZAMAN yang menyediakan video ucapan Hari Raya ini. Video ini ditujukan kepada semua keluarga, guru-guru dan rakan-rakan di SMK Jugra. Selamat hari raya dan maaf zahir batin.
Thursday, 22 April 2021
BULETIN EDISI RAMADAN SMK JUGRA
Saturday, 13 February 2021
WAJIB BACA AMANAT BONDA PUAN HAJAH ROSSITA KEPADA SEMUA CALON SPM SESI 2020
Puan Hajah Rossita binti Ramlan
Pengetua SMK Jugra
Segala input, pihak
sekolah telah berikan dan pelbagai kaedah pembelajaran telah pun dilaksanakan
demi mencapai kecemerlangan anak-anak didik SMK Jugra. Guru-guru juga telah memberi
ilmu dalam pelbagai bentuk dan kaedah supaya murid-murid terus bersemangat dan
tidak berasa jemu mencapai kecemerlangan. Selain tugas hakiki, guru-guru telah
melaksanakan SJOT ( SMK JUGRA ONLINE TEACHING) sebanyak 31
kali khusus untuk anak-anak didik SPM
2020 mulai 8.12.20 dengan tagline “
Daripada guru Jugra untuk murid-murid Jugra”. SJOT adalah yang program pertama yang
di laksanakan di Daerah Kuala Langat. Tuan PPD Kuala Langat sangat teruja dan
berminat dengan SJOT ini sehinggakan terdapat pegawai PPD yang ingin
menyaksikan sendiri teknikal SJOT ini dijalankan. Kelas tambahan pun sudah
dilaksanakan walaupun hanya 5 hari untuk tahun 2021 kerana arahan sesi
persekolahan bersemuka bagi calon SPM 2020 berakhir pada 9.2.21. Insya-Allah
akan di sambung semula jika terdapat permintaan daripada anak didik sekalian namun perlu patuh SOP dan
berdisiplin serta istiqomah mematuhi peraturan yang telah gariskan. Kehadiran ke kelas tambahan hendaklah mengikut
masa yang ditetapkan. Kini terpulang kepada anak-anak didik untuk mencuba sedaya upaya bagi mengangkat
prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik dalam SPM 2020 secara norma baharu.
Jangan lupa bahawa subjek Bahasa Melayu dan Sejarah adalah mata pelajaran
yang wajib lulus. Harapan kami menggunung tinggi terhadap anak-anak sekalian
agar dapat melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 2020. Hasrat
sekolah ataupun target yang ingin dicapai pada tahun 2020 ialah meletakkan
peratus kelulusan sebanyak 74.10% brbanding tahun 2019 iaitu hanya 69.75% dengan GPS sebanyak 5.38 berbanding 5.89 pada tahun 2019. Jadikanlah kejayaan itu nanti,
sebagai pencetus kepada kejayaan-kejayaan generasi yang seterusnya.
Bonda mengambil kesempatan ini
untuk mendoakan semoga anak-anak didik SMK Jugra diberikan kesihatan yang baik, ketenangan
fikiran dan ketajaman ingatan sehingga dapat menjawab kesemua soalan dengan
baik seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. Jagalah kesihatan diri dan
emosi . Jangan wujudkan konflik, stress dan sebagainya kerana tindakan tersebut
akan mengundang masalah dan menjejaskan persediaan anda semasa menghadapi
peperiksaan. Rakan adalah aset yang sangat berharga ketika ini kerana daripada
mereka anda boleh memohon bantuan dan berkongsi pandangan tentang sesuatu
perkara.
Di samping
itu, jagalah hubungan anda dengan insan yang paling banyak memberi ilmu ,
dorongan, rangsangan kepada anak-anak iaitu, guru-guru. Jika masih belum
memohon maaf dan restu daripada guru , sila lakukan dengan segera. Memohon ampun dan mohon halalkan segala ilmu yang dicurahkan. Pandang
mereka dengan pandangan hormat dan penuh taat. Sebenarnya para guru yang
mencurahkan bakti dan tenaga sangat mengambil berat tentang pencapaian anak-anak
didiknya dalam peperiksaan . Anak-anak didik
dan guru sememangnya berusaha bersama-sama dalam menentukan sejauhmana
pencapaian anak-anak didik dapat
dipertingkat sama ada dalam bentuk penambahan markah atau penambahbaikan gred
mata pelajaran. Semua guru mahu anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
SPM ini. Bonda sentiasa menganggap anak-anak didik SMK Jugra bagaikan anak
sendiri dan bonda percaya guru-guru lain juga begitu. Dalam proses mendidik
sudah tentu yang salah ditegur, yang tidak betul dimarahi. Itulah asam garam
dalam menuntut ilmu. Namun, semua guru tidak pernah melupakan anak-anak didik
semasa berdoa kepada-NYA kerana kejayaan anak-anak didik adalah kejayaan para
guru dan SMK Jugra khususnya.
Seterusnya , jagalah hubungan anda dengan ibu bapa. Dapatkan keredaan
ibu dan ayah, supaya doa mereka mudah dimakbulkan oleh Tuhan. Mohonlah ampun
maaf daripada mereka. Sesungguhnya doa ibu bapa kita yang ikhlas itu amat
mujarab dan pastinya doa yang ikhlas itu datangnya daripada kalbu ibu bapa yang
telah melahir dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.
Jangan lupa jagalah hubungan kita dengan Allah. Yang bukan Islam
berdoalah kepada Tuhan mereka. Berdoalah kepada-Nya semoga segala usaha kita
mendapat berkat dan hidayah daripada-NYA. Berdoalah untuk diri sendiri dan
berdoalah juga untuk rakan-rakan yang lain. Kejayaan mereka juga merupakan
kejayaan kita bersama. Ingatlah, apa pun yang kita usahakan, pastinya yang akan
membuahkan hasilnya hanya Allah SWT.
Cerdik pandai
ilmuan Islam, Luqman Al-Hakim pernah berkata “ ilmu tanpa restu guru ibarat si
pejuang tanpa senjata. Ilmu tanpa restu keluarga ibarat si pejuang tanpa bala
tentera dan ilmu tanpa restu sahabat taulan ibarat si pejuang tanpa kubu dan
bentengnya”.
Akhir kata jaga kesihatan dan keselamatan diri. Jaga SOP. Jujurlah dalam membuat pengisytiharan kesihatan. Elakkan keluar rumah tanpa urusan penting. Ingat “kita jaga kita”. Didoakan semua anak didik SMK Jugra dan seluruh Malaysia dapat menduduki Pep SPM dengan tenang dan tenteram. Ingat pesanan Cikgu Mohd Firdaus mengenai keselamatan pepriksaan SPM 2020. Buat persiapan awal, contohnya sebelum tidur kad pengenalan dan alat tulis sudah siap sedia dimasukkan kedalam beg sekolah. Tidur awal supaya boleh bangun awal dan datang ke pusat peperiksaan awal agar tenang dalam menghadapai peperiksaan SPM.
SELAMAT BERJAYA.
Doa Untukmu,
Puan Hajah Rossita binti Ramlan
Thursday, 11 February 2021
"KEMERDEKAAN"
Sudah terang lagi
bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri
sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-63 bersamaan tanggal 31 Ogos
2020 yang bertemakan
"Malaysia Prihatin" akan menjelang tidak lama lagi. Sebagai salah
seorang anak bangsa, kita mesti mengetahui tujuan hari
kemerdekaan disambut serta
kebaikan dan kepentingannya. Bahkan ia juga merupakan hari kebesaran negara
yang perlu disambut dan kenang oleh seluruh lapisan masyarakat yang mencintai
negara ini.
Oleh itu, kita mesti menggalakkan masyarakat untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara ini. Antara usaha dominan ialah ketika
murid-murid berada di bangku sekolah, guru memainkan peranan penting untuk memberi
didikan kepada mereka bagi
mengethui erti
semangat patriotik agar ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian murid. Bak kata peribahasa melayu
"melentur buluh, biarlah dari rebungnya".
Pada masa yang sama juga, kita dapat
melahirkan masyarakat yang tidak mencemerkan imej negara seperti menghina atau
memburuk-burukkan negara sendiri. Bukan itu sahaja, pelbagai pertandingan juga
akan dianjurkan oleh pihak berwajib seperti mengibarkan jalur
gemilang di atas jalan raya ketika perbarisan, menghias kenderaan, melukis
poster, pertandingan menulis esei, mewarn dan sebagainya. Aktiviti yang pelbagai ini akan disertai oleh pelbagai bangsa ketika
hari kemerdekaan akan mengeratkan lagi hubungan silatruahim antara mereka.
Oleh
hal yang demikian,
kita dapat memupuk semangat perpaduan
kaum dalam negara kita. Maka, terciptalah pengalaman
menghayati dan mencintai kemerdekaan dengan lebih bermakna dalam diri
masyarakat kerana tak kenal maka tak cinta. Selain itu, sambutan hari
kemerdekaan juga menjadikan masyarakat memahami sebuah erti perjuangan dan
pengorbanan pejuang-pejuang tanah air kerana mereka merupakan pejuang terbilang
untuk menegakkan kemerdekaan tanah air negara daripada dijajah oleh kuasa-kuasa
besar. Oleh hal yang demikian masyarakat dapat menghargai dan mengenang jasa-jasa
pejuang tanah air kerana perjuangan mereka seperti hancur badan dikandung tanah
dan ibarat lilin yang membakar diri sanggup berkorban demi harta, nyawa, tenaga
dan meninggalkan insan sekeliling yang disayangi serta dicintai demi
kemerdekaan negara tercinta ini.
Jasa dan pengorbanan mereka ibarat
gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang. Realitinya,
memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat dalam negara ini haruslah
bekerjasama antara satu sama lain untuk berazam agar kemerdekaan negara dapat
dipertahankan sehingga generasi seterusnya.
Tuntasnya, usaha-usaha untuk memupuk
semangat patriotik dalam negara ini perlulah diteruskan sepanjang masa tanpa
mengira penat lelah agar semangat patriotik dalam diri masyarakat tidak
terhenti. Dengan ini, negara dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai
perasaan cinta akan negara. Juga, masyarakat mampu menjadi insan yang berguna
pada masa hadapan serta mampu memajukan ekonomi mahupun perpaduan negara
sehingga negara dapat mencapai kemajuan yang bertaraf dengan negara lain.
Sekiranya semangat patriotik tidak dipupuk sejak bangku sekolah, pastinya
negara akan menjadi kacau bilau. Tidak akan wujud masyarakat bersefahaman
antara satu sama lain sehingga pergaduhan mula tercetus. Umum untuk mengetahuinya
bahawa semua pihak perlu bekerjasama seperti peribahasa melayu bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh agar masyarakat berjaya memupuk sikap semangat
patriotik sehingga mampu diwarisi dalam negara ini.
Tajuk: Kemerdekaan
Nama: Rossalinda bt Roslan
Kelas:4 Akaun
Alamat email: alhss320@gmail.com
Esei yang dihasilkan murid ini berjaya memenangi johan dalam pertandingan penulisan esei bertemakan kemerdekaan tahun 2020. Tahniah dan syabas.
Wednesday, 13 January 2021
Di Bumi Bertuah Ini
Ditujukan khas buat Cikgu Normala, Cikgu Azizah, Cikgu Rokiah dan Cikgu Hasimah Misbah. Semoga kalian selalu bahagia dan ceria.
Wahai guru-guruku
Yang setia menabur bakti,
Mendidik dan mengasuh kami,
Anak muridmu di SMK Jugra,
Di bumi bertuah ini,
Yang menyatukan kita.
Kini tibalah masa,
Yang memisahkan kita,
Perpisahan yang bukan abadi,
Namun melahirkan rasa sedih di hati.
Moga kita bertemu lagi,
Jika kita diberi peluang,
Jika kita diberi kesihatan berpanjangan,
Pada masa akan datang.
Walaupun dikau jauh di mata,
Namun dikau akan kekal tersemat,
Di hati warga SMK Jugra,
Jasamu akan kuingat,
Hingga ke akhir hayatku.
Nukilan,
Isha Isha
4 Sains 2020
Tuesday, 10 November 2020
HASIL KARYA MURID TINGKATAN 5 2020 MENJADI KENANGAN TERINDAH
Monday, 19 October 2020
Murid SMK Jugra mewarnai pertandingan anjuran PPIM Perhubungan Negeri Selangor
Perintah kawalan pergerakan pemulihan yang dijalankan sepanjang September sehingga Oktober telah memberi ruang kepada murid-murid PPIM SMK Jugra untuk menyertai pertandingan yang dijalankan. Berkat kesabaran , usaha murid-murid ini membuahkan hasil apabila memperoleh kemenangan dalam semua acara yang telah disertai. Berikut dinyatakan senarai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan. Murid-murid ini perlu menghasilkan video rakaman dan menghantarkan karya mereka ke panel hakim yang telah dilantik.
Keputusan Pertandingan Online Sekolah Menengah anjuran PPIM Perhubungan Negeri Selangor(September-Oktober 2020)
1. Johan Buku Skrap- Nur Farhana binti Norazman 4Tas
2. Tempat ke-4 Deklamasi Sajak- Nurul Syafinaz binti Yusri 5PVMA
3. Johan Hafazan Men Atas- Nur Aleeya Farhana binti Mohd Khairul Nizam 4 Tas
Sebelum ini iaitu semasa PKP pertama di bulan Jun, murid-murid PPIM juga telah berjaya dalam pertandingan online peringkat daerah dan penyertaan sehingga ke peringkat Negeri.
Keputusan pertandingan yang disertai murid PPIM Peringkat Daerah semasa bulan Jun 2020.
1. Powerpoint -Johan (Nur Farhana binti Norazman 4Tas)
2. Esei digital- Keempat(Siti Sue Lyana Fitriyah binti Rosli 5 Sains)
3. Gubahan- Keempat (Nur Fasihatul Husna binti Abdul Aziz 3H)
4. Kuiz - Keempat (Nur Aleeya Farhana binti Mohd Khairul Nizam 4 Tas)
Alhamdulillah tahniah guru-guru PPIM dan semua murid yang terlibat. Semoga menjadi inspirasi untuk kejayaan pada masa hadapan.
Guru PPIM
Wednesday, 9 September 2020
Sajak: Syukur Penenang Hati
Di bawah Panitia Pendidikan Islam SMK Jugra, Nur Anishaa Amilia Bt Mohd Azman mewakili sekolah ke Pertandingan ADNI (Adab Dan Nilai) Peringkat Daerah Kuala Langat 2020.
Tema : Bersyukur
Tajuk : Syukur Penenang Hati
Syukur,
Ungkapan yang sering diamati,
Difahami oleh setiap jiwa hakiki,
Tetapi sukar untuk dihayati.
Ujian pasti ada untuk setiap insan,
Tatkala diri menimpa duka,
Pasti kan terdetik di jiwa,
Kenapa ?
Kenapa hanya aku yang diduga ?
Kita sering mendongak ke langit,
Sentiasa membanding diri,
Dengan insan yang tidak diuji,
Tapi,
Pernahkah kita menunduk ke bumi ?
Melihat ujian yang tidak terperi,
Bahkan dilalui oleh insan yang tidak mengerti,
Tetapi harapan mereka tidak pernah terhenti,
Kerna mereka pasti,
Bantuan akan ada dari Illahi,
Apabila tiba saatnya nanti.
Marilah kita bermuhasabah diri,
Mengenali erti mensyukuri,
Meletakkan Yang Maha Esa di dalam hati,
Pasti hati tidak akan mati,
Kerana kita tahu mensyukuri.
Tuesday, 8 September 2020
Puisi Cinta Malaysia
Pertandingan ADNI ( Adab Dan Nilai) Peringkat Daerah Kuala Langat 2020 ini dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Jugra. Tahniah Nur Amalina by Halimazhar dari kelas 5 Akaun.
Cinta Malaysia
Malaysia berdaulat Tanah Malaya,
1957 mula merdeka,
Nenek moyang bergadai harta,
Agar cucunda terlepas derita.
Kasihnya dahulu pemimpin kita,
Berjuang bukan kerana harta,
Sanggup berkorban jiwa dan raga,
Melayu tak hilang Islam dijaga.
Pemimpin silih berganti,
Aspirasi negara tidak terhenti,
Rakyat jelata teguh berdiri,
Menggerak memajukan ekonomi negeri.
Bersatu hati tak kira masa,
Aman harmoni berbilang bangsa,
Elak sengketa musyawarah sentiasa,
Barulah pelabur datang menerpa.
Bangga menjadi anak Malaysia,
Penggerak pendokong wawasan negara,
63 tahun bebas merdeka,
Malaysia prihatin mashyur sedunia.
Tuesday, 1 September 2020
SEMANGAT PATRIOTIK TETAP BERSEMARAK WALAU HARI MERDEKA PPKI SMK JUGRA DISAMBUT SEDERHANA
Semangat patriotik tetap bersemarak bagi anak-anak Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Jugra biarpun sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 diadakan secara tertutup dalam norma baharu berikutan penularan virus Covid-19. Sambutan ini diadakan di lobi PPKI SMK Jugra pada 28 Ogos yang lalu. Seramai 30 orang murid dan semua guru PPKI SMK Jugra terlibat dalam sambutan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu-lagu patriotik. Puan Vasundara Devi a/p Perumal Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Jugra berasa sungguh gembira dan bersemangat ketika melaungkan merdeka!
"Pada saya, sambutan kali ini adalah sangat positif. Walaupun dalam kita mengamalkan SOP, namun kita berjaya melaksanakan sambutan ini dengan meriah. Merdeka! Merdeka! Merdeka!" kata Cikgu Zul Husni salah seorang guru PPKI SMK Jugra.
Seorang murid PPKI bernama Amir pula menyatakan perasaan sungguh gembira meraikan Hari Kemerdekaan bersama rakan-rakannya.
Disediakan oleh,
Cikgu Suzie











