Friday, 15 May 2020

Guruku insan mulia

Hasil Karya dua orang sahabat sebagai tanda penghargaan buat semua guru SMK Jugra๐Ÿฅฐ

Guruku insan mulia
mengajar tanpa rasa jemu
mendidik tanpa rasa penat 
mencurahkan kasih sayang
sepenuh rela
demi melihat
anak muridnya berjaya.

Guruku  insan mulia
pemberi ilmu paling setia
sentiasa tabah dan sabar
buat anak muridnya
di masa depan.

Guruku  insan mulia 
sedia membantu
sedia memberi
sedia membimbing
demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Guruku  insan mulia 
terima kasih di atas segala tunjuk
ajarmu
akanku panjatkan doa untukmu
agar engkau sejahtera selalu.

Hasil Karya Bersama
Nur Najwaa Syafiah dan Ainur Hanani dari kelas 3B

Doodle Hari Guru

Doodle ini sungguh unik apabila si pembuatnya bertungkus lumus menyiapkannya semata-mata untuk dijadikan sebagai hadiah hari guru pada tahun ini. Rossalinda dari kelas 4 Akaun menyatakan "doodle ini untuk semua guru yang pernah memberi tunjuk ajar dan tidak pernah berputus asa untuk mendorong saya menuju kejayaan".

Kenangan terindah, terima kasih cikgu!

Walaupun sudah banyak video yang dihasilkan oleh beliau namun ini adalah video paling menyentuh perasaan. Farisya dari kelas 5 Akaun menghasilkan video ini dengan menggabungkan gambar-gambar kenangan dari guru dan pelajar.๐Ÿ˜



 Video daripada
Farisya 5 Akaun

Guru Insan Dicintai♥️

Hadiah istimewa daripada Zahir selaku ketua murid di SMK Jugra. Nukilan yang ditulis dari hati untuk semua guru๐Ÿฅฐ

Guru,
Insan yang turut dihormati,
Membantu ayah dan ibu,
Mengajar dan mendidik anak pertiwi,
Demi masa depan yang dinanti.

Guru,
Garangnya bukan untuk menzalimi,
Lembutnya tetap tersemat di hati,
Tapi guru harus kental dan berani,
Demi mendidik pewaris bangsa yang dicintai.

Guru,
Kerjanya bukan untuk dimaki,
Kerjanya bukan untuk dipuji,
Cukuplah sekadar menghormati,
Dan juga menghargai.

Guru,
Terima kasih guru,
Kerana sanggup menjadi penyuluh hidup kami,
Mendidik kami,
Insan yang tidak dikenali,
Meluangkan waktu bersama kami,
Membantu ibu dan bapa kami,
Agar menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.

Maafkan kami,
Kerana sering mengguris hatimu,
Tapi engkau tidak pernah mengeluh mengajar kami,
Tiada ungkapan yang mampu membalas bakti mu selama ini,
Terima kasih guru yang dicintai,
Jasamu akan dikenang sampai mati.

Karya : 
Zahir Rusydi Bin Roslan 
5 Sains

Rindu Kami Tak?


Video Hadiah Hari Guru yang bertajuk  "Rindu kami tak?' ini dihasilkan istimewa untuk guru-guru SMK Jugra oleh Esrinna binti Samsol Borhan daripada kelas 5 Sains.



JASA MU GURU KAN KU INGAT..๐Ÿฅฐ

SELAMAT HARI GURU ❣️❣️❣️Bukan sekadar ucapan , namun ilham yang ditulis oleh Nur Musfirah diiringi dengan linangan air mata kerana terlalu rindukan guru dan sekolah. ♥️


Guruku
kau hadir dalam hidup ku,
umpama cahaya ☀️ yang datang menerangi
kegelapan malam ๐ŸŒ‘ ku,
guru adalah awan ☁️ indah
terbang rendah,
melimpahkan hujan๐ŸŒง️.

Guruku
kau umpama lautan๐ŸŒŠ luas menghampar ilmu ๐Ÿ“š tidak terbatas,
bagai hempasan keras gelombang,
kepada murid mendamai tenang.

Guruku
kau laksana gunung agong,
tinggi berbukit๐Ÿ”️ sabar iktibar,
persis batu dan pasir terdampar,
tugasnya mulia mendidik
dan mengajar ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐Ÿซ...

Guruku
ucapanmu adalah petunjuk ๐Ÿ‘‰๐Ÿป ku,
dalam ajarmu ada harapan,
dalam tegurmu ada doa ๐Ÿคฒ๐Ÿป,
dalam marahmu ada sayang๐Ÿ’,
dalam mesramu ada taqwa,
dalam diammu ada bijak sana,
dalam mendidik ada tegasnya,
ku kini menjadi insan berilmu dan berguna ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐ŸŽ“๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐ŸŽ“...

Guruku
kau insan mulia,
membimbing dan mendidik ku,
kaulah insan yang kusanjungi,
guruku segala baktimu
akan ku balas dengan kejayaan ku,
akan ku buktikan kepadamu wahai guruku.

Guruku
kau mengajar ku berbagai ilmu,
kau memberi ku nasihat setiap waktu,
guruku kau ibarat
ayah ๐Ÿ‘จ๐Ÿปdan ibuku ๐Ÿง•๐Ÿป,
guruku kau tidak pernah lelah mendidik ku,
mengajar ku dengan penuh sabar,
mengajar ku tentang
kehidupan,
mengajar ku tentang
pendidikan,
guruku jasamu akan ku ingat selalu,
terima kasih wahai guruku sayang ๐Ÿ˜˜ ..

Nukilan
Nur  Musfirah  Amani binti Mustafa
3KAA

Terima kasih Cikgu Effendi!

Murid ini berkongsi pengalaman bersama guru idolanya iaitu Cikgu Effendi. "Selamat hari guru Cikgu Effendi" katanya. Sama-sama kita kongsikan kisah Kovidraj dari kelas 5 Teknologi.


Nama saya Kovidraj dari kelas 5 Teknologi,SMK Jugra. Tujuan saya menulis cerpen ini adalah untuk berkongsi kepada pembaca tentang pengalaman saya dengan seorang guru SMK Jugra iaitu Cikgu Effendi bin Sumaili. Cikgu Effendi mengajar murid tingkatan 3,4,dan 5. Pada masa sama Cikgu Effendi merupakan jurulatih pasukan bola sepak SMK Jugra. Cita-cita atau azam saya adalah untuk menjadi seorang pemain bola sepak tetapi saya belum pernah diberi peluang bermain untuk mana-mana pasukan. Ibu bapa saya juga tidak mampu untuk menghantar saya ke latihan bola sepak kerana masalah pengangkutan. Pada masa itu,saya berasa sangat kecewa dan sedih.

Pada tahun 2018, saya dapat memasuki kelas tingkatan 3A. Itulah pertama kali saya berjumpa Cikgu Effendi. Beliau mengajar mata pelajaran Sains untuk kelas 3A. Kali pertama Cikgu Effendi masuk ke kelas saya, saya berasa sangat takut kerana saya tidak mengenali beliau. Namun layanan Cikgu Effendi telah mengubah fikiran saya kerana beliau adalah seorang yang cepat mesra dan baik. Sejak hari itu, saya sangat menyukai Cikgu Effendi. Pada bulan Mac tahun yang sama, pemilihan pasukan bola sepak akan diadakan. Apabila mengetahui beliau adalah guru yang bertanggungjawab dalam pemilihan tersebut, saya berasa sangat gembira dan terus  menyertainya. Pada hari pertama latihan, saya tidak dapat bermain dengan baik kerana berasa gelisah. Selepas latihan tamat, beliau memanggil saya dan memberi nasihat kepada saya supaya bermain dengan bersemangat. Sejak hari itu,saya anggap Cikgu Effendi adalah idola dan jurulatih saya. Semakin hari cara permainan saya semakin baik kerana setiap hari Cikgu Effendi akan memberi kata-kata semangat kepada saya. Hari pemilihan pemain pun tiba. Beliau mula menyenaraikan pemain yang akan dipilih mewakili pasukan sekolah. Degupan jantung saya semakin laju namun akhirnya nama saya telah terpilih. Saya berasa sangat gembira kerana inilah kali pertama saya akan bermain dalam sebuah pasukan bola sepak. Saya berterima kasih kepada Cikgu Effendi kerana beliau telah merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Pada tahun 2019 dan 2020 saya berterusan untuk memilih pasukan bola sepak sekolah kerana cikgu Effendi.

 Cikgu Effendi menjadikan saya seorang pemain bola sepak. Jasa Cikgu Effendi tidak akan mampu dibalas. Cikgu Effendi juga yang banyak membantu saya dalam pelajaran apabila saya berada dalam kesusahan. Cikgu Effendi juga membantu saya mengawal perasaan saya apabila saya tidak ada kepercayaan untuk menjadi pemain bola sepak. Tanpa Cikgu Effendi,saya berasa saya tidak mampu mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang pemain bola sepak kerana beliau memahami perasaan saya dan percaya kepada kemampuan saya.

 Akhirnya,untuk cikgu Effendi, cikgu, saya berasa tanpa cikgu mungkin saya tidak mampu menjadi seperti ini. Mengenali cikgu adalah merupakan anugerah tuhan yang besar kepada saya. Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru dan Cikgu Effendi. Walaupun saya tidak boleh berjumpa Cikgu semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini jasa cikgu dan kenangan bersama dengan cikgu akan tetap saya ingati. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Effendi atas pertolongan cikgu dan sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru kesayangan di SMK Jugra.

"Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan saya lupakan"
Terima kasih dan memohon kemaafaan dari cikgu Effendi.


Nukilan,
Kovidraj

5 Teknologi

Kad Hari Guru Istimewa

Kad Hari Guru ini dihasilkan oleh Nur Adriana Ayuni bt Rosaziman dari kelas 1 KAA. Ditujukan khas untuk semua guru-guru SMK jugra๐Ÿฅฐ



Monday, 11 May 2020

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Penulis mendedahkan beliau mengalirkan air mata semasa menuliskan nukilan ini. Beliau mendedikasikan puisi ini buat ibunya yang tersayang Nur Affidah binti Yunus dan juga kepada semua wanita yang bergelar ibu❤️๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜.
Selamat  hari ibu  !❤️

Ibu,
kau mengandungku selama 9 bulan 10 hari
di dalam rahimmu,
kau membawaku ke mana sahaja kau pergi,
tanpa mengenal erti penat dan lelah,
kau bersabung nyawa melahirkanku dengan menahan sakit derita,
kau menjaga diriku siang dan malam tanpa rasa penat dan jemu,
kau mendidikku dengan penuh kasih dan sayang.

Ibu,
kaulah pelindung diriku,
kaulah penyuluh hidupku,
kaulah yang membesarkanku,
kaulah yang mendidikku tanpa ada rasa jemu.

Ibu,
kaulah yang amat kubanggakan,
kaulah tempatku bermanja,
kaulah tempatku bersedih,
kaulah segalanya bagiku,wahai ibu tercinta ๐Ÿ˜˜

Ibu,
terlalu besar pengorbananmu,
tidak dapat kubalas walau berapa banyak nilai wang ringgit,
sebagai seorang perempuan,
mempunyai jiwa yang hebat di mataku,
menyayangiku dan mendidikku tanpa mengenal erti penat
dan lelah,
mendampingiku di setiap hari-hariku,
ibu sentiasa ada di waktu aku sedih,
gembira,susah dan senang.

Ibu,
kau adalah perempuan terbaik di dalam hidupku,
kau memberiku erti kehidupan,kesusahan dan motivasi di setiap liku-liku kehidupan.

Ibu,
betapa bahagianya aku
masih dapat merasakan kasih sayang,
sentuhan belaian dari tanganmu dan air tangan dari masakanmu,
 bertuahnya aku masih mempunyai ibu
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ..
betapa senangnya hati ini bila aku dapat melihat ibuku gembira dan tertawa.

Ibu,
betapa sedihnya hatiku ini bila adakalanya aku melihat ibu menangis,
kerana ada yang membuatkan hati ibu terluka dan terguris.

Ibu,
setiap kali ibu memelukku dan berkata
sesuatu kepadaku,
setiap kata-katamu menusuk ke dalam kalbu

Ibu,
kau selalu berpesan dan menasihati diriku..
"jadilah anak yang baik,solehah,menjaga solat  supaya menjadi manusia
yang berguna pada bangsa,agama dan negara”
ibu juga sering berpesan “belajarlah rajin – rajin wahai anakku sayang
supaya kau berjaya dan  mencapai cita-citamu”
teringat pesan ibu,
hatiku ini berasa sebak ๐Ÿ˜” dan sedih ๐Ÿ˜ญ

kutitipkan doa ini buat ibuku sayang..
ya Allah๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป
lindungilah ibuku,
rahmatilah ibuku,
panjangkanlah umur nya,
jauhkanlah ibuku dari segala penyakit bahaya,
berkatilah kehidupan ibuku,
curahkanlah rahmat-Mu untuk ibuku,
bahagiakanlah kehidupan ibuku,
jauhkanlah ibuku dari azab api neraka,
masukkanlah ibuku ke dalam syurga,
berkatilah kehidupan ibuku,
berkatilah  pekerjaannya,
bantulah aku supaya aku menjadi anak yang solehah,berjaya,
dapat berbakti kepada ibuku dengan sepenuh hatiku...
ya Allah๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ..
sepuluh jari tanganku ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ kutadahkan๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ
kepadamu ya Allah ,kuserahkan segala doaku,
semoga  segala doaku ini dikabulkan ya Allah.
Amin  ya rabbal'alamin๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ


aku amat menyayangimu dan mencintai dirimu
wahai ibuku sayang
๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜...

Ibu,
terima kasih diatas segala jasamu,kasih
sayangmu yang begitu berharga,
segala titik peluhmu,penat lelahmu selama ini dan pengorbananmu,
tanpamu aku tidak dapat melihat indahnya dunia ini.

Nukilan
Nur Musfirah Amani
(kelas:- 3 kaa)

Saturday, 9 May 2020

PROGRAM IHYA’ RAMADAN SMK JUGRA MENGUBAT RINDU GURU DAN MURID APABILA BERTEMU DI DALAM MEET


Oleh ; NURUL AQILA BT AZI ASMAWI

Perintah Kawalan Berkurung (PKP) pada hari ini tidaklah menjadi penghalang untuk meneruskan program sekolah yang telah dirancang sebaiknya mengikut takwim sekolah. Pada hari Isnin yang lepas,4 Mei 2020 pihak sekolah telah menjayakan satu program atas talian iaitu Program Ihya’ Ramadan 2020/1441H di mana semua guru SMK Jugra terlibat termasuklah murid-murid beragama islam,staff dan PIBG sekolah.Puan Hajah Rossita binti Ramlan selaku Pengetua SMK Jugra  mengucapkan tahniah kepada semua warga Jugra yang telah berjaya mengikuti program ini.Kata beliau "pelancaran pada tahun ini amatlah berbeza di mana aplikasi google meet telah dipilih sebagai medium yang digunakan. Walaubagaimanapun program ini mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 96 orang". Berikutan itu, sekolah juga telah menjemput penceramah luar iaitu Tuan Haji Ustaz Hasnurol bin Hashim yang merupakan Nazir Masjid Al-Azim Kampung Kelanang.



Antara kata-kata daripada ketua panitia Pendidikan Islam juga merangkap penyelaras program ini Ustazah Nurlida ‘antara objektif program ini ialah mengimarahkan bulan Ramadan dengan beribadat, membudayakan pembacaan AL-Quran dan merapatkan ukhuwwah dalam kalangan guru,staff dan murid-murid SMK Jugra. Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan rakan-rakan guru SMK Jugra kerana dengan sokongan dan kerjasama yang baik program ini dapat dilaksanakan. Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT’.

 Di samping itu juga,Puan Norziah yang merupakan guru ICT yang terlibat turut memberi ulasan bahawa beliau sebagai guru penyelaras bestari sekolah memainkan peranan menyediakan bahan seperti paparan slide dan montaj.Beliau berkata lagi “semasa pelancaran berlangsung saya bertindak sebagai admin pengendali. Pengalaman mengendali majlis atas talian adalah satu pengalaman baharu sewaktu PKP. Montaj yang dihasilkan dapat mengubat kerinduan guru-guru dan pelajar-pelajar  terhadap sekolah”.



Antara manfaat yang dapat diperolehi daripada program ini ialah kita dapat membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Seperti yang kita tahu, AL-Quran jugalah yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Seterusnya kita juga akan berusaha untuk meningkatkan ibadah dalam bulan Ramadan sebagai contoh aktiviti khatam al-quran bersama keluarga. Faedahnya juga program ini dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan guru,staf PIBG dan murid-murid.Wakil murid yang menyertai program ini Amirah Amanina daripada 5 Akaun  “walaupun terdapat banyak kekangan dan masalah kecil yang dihadapi seperti kehabisan bateri dan internet perlahan tetapi dapat juga menghilangkan rasa kerinduan kami (pelajar) terhadap  guru-guru yang dikasihi”-katanya.

  Terdapat banyak lagi program lain yang bakal dilaksanakan sepanjang PKP ini antaranya bacaan yassin dan bingkisan Ramadan setiap hari Jumaat,kuliah fb live,majlis khatam Al-Quran, kuiz Ramadan dan buletin Ramadan.Tuntasnya,kita perlulah berganding bahu mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh barakah ini demi mencari keredaan Allah SWT.Pesanan akhir daripada Tuan Pengetua ,Puan Hajah Rossita binti Ramlan “semoga program ini dapat menyuntik warga SMK JUGRA untuk terus beribadah di bulan mulia ini dan berjaya menjadi insan yang berguna di dunia dan diakhirat”.Wallahualam.

Wednesday, 29 April 2020

Program Jom Baca Bersama Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Warga Jugra

Oleh : Amirah Amanina 

 Program Jom Baca Bersama sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia telah diadakan pada 23 April 2020 jam 11.00 pagi yang lalu. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid SMK Jugra. Zaryl Reza, salah seorang murid dari kelas 4 Akaun telah berjaya menghasilkan video untuk menggambarkan detik-detik indah sepanjang program tersebut dijalankan dari rumah masing-masing. Program ini turut disertai oleh seluruh rakyat Malaysia sempena Program Selangor Membaca dan Malaysia Membaca yang diadakan secara serentak di seluruh negara. Ketika umat Islam mula menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini, murid-murid SMK Jugra tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan masa yang terluang semasa PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) kerana penularan jangkitan covid-19 dengan menjadikan buku dan Al-Quran sebagai sahabat mereka. Muhammad Najib dari kelas 3F turut menyatakan ,daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.Demikianlah peri pentingnya ilmu dalam kehidupan.Oleh itu,melalui program Jom Baca Bersama secara tidak langsung banyak memberikan manfaat kepada kita semua.

Tuesday, 14 April 2020

100 MARKAH MEMBUATKAN MURID-MURID SMK JUGRA LEBIH SERONOK BELAJAR MATEMATIK

13 April 2020
SITI SUE LYANA FITRIYAH BINTI ROSLI 



Seramai tiga orang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra(SMKJ) , Banting, Selangor telah memperoleh 100 markah dalam mata pelajaran matematik pada peperiksaan awal tahun bulan Mac 2020. 
Mereka ialah Yap She Ying (4SC) , Nur Balqis Natasha Hamidon (4AC) dan Syanor Atykah Abdul SAMAD (4AC). 
Warga SMK JUGRA amat berbangga dengan pencapaian mereka  dan kejayaan ini membuktikan kesungguhan serta sokongan padu daripada guru - guru dan rakan-rakan yang lain. 
Sementara itu, Nur Balqis yang bercita-cita menjadi seorang akautan berkata, "petua untuk mendapat skor dalam matematik adalah fokus dan jangan malu bertanya apabila tidak memahami suatu perkara serta  membuat banyak latihan di rumah".
Yap She Ying yang ingin menjadi seorang penulis suatu hari nanti juga berkata, "petua yang diamalkan semasa belajar matematik ialah mementingkan pemahaman asal bagi suatu formula serta sentiasa hormat kepada guru". 
" Matematik ini adalah ilmu yang memerlukan latihan yang banyak. Ini kerana, menghafal formula tanpa latihan yang banyak akan menyebabkan kita mudah lupa dengan cara jalan kerja yang betul ", tambah Syanor yang juga ingin menjadi seorang akauntan.
Mereka juga berpesan kepada rakan-rakan yang lain agar tidak tidur semasa guru sedang mengajar, membaca soalan berulang kali ketika peperiksaan dan tidak lupa untuk melakukan ibadah kepada Tuhan. 

Nur Balqis, Syanor dan Yap She Ying juga mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah mengajar sehingga mereka memahami ilmu yang disampaikan dan berusaha untuk membuat pembelajaran atas talian. 

Jasa guru- guru tidak dapat mereka lupakan, dan detik ini adalah detik yang pasti tidak dapat dilupakan oleh mereka. 

Sempena PKP yang telah dimaklumkan oleh perdana menteri kita, murid - murid SMK Jugra hendaklah mengisi masa yang terluang dengan memantapkan lagi pemahaman tentang mata pelajaran yang telah dipelajari.








PKP dari kaca mataku( Karya Cikgu Paradizes)


Dari sudut berbeza..
PKP mungkin suatu keterbatasan
namun jika dihitung sukat
ia pasti membawa rahmat
dibalik musibah yang menyakitkan

Jarang sekali kumelihat
kebiasaan si anak muda merempit
dengan motor kegilaan tersendiri
membawa gadis entah ke mana
tanpa arah tuju yang pasti

Begitu juga dengan sesetengah anak muda
kalau dahulunya bangga dengan basikal lajak
kini hanya mampu tersenyum melihat
takut terkena saman si abang segak
duit melayang, silap-silap masuk lokap

Tatkala harga petrol turun mendadak
jarang juga kumendengar
kes kemalangan menghiasi dada berita
pemandu biadap menjadi beradat
jalan raya menjadi aman sentosa

Si ibu pula sibuk memasak
untuk mengisi perut si anak
si ayah pula bantu mana yang dapat
rumah tersusun kebersihan terjaga
keluarga bahagia muncul tak terduga

Namun awas!
diet habis entah kemana
badan naik jangan ditanya
saiz seluar bertukar serta merta
jika makanan menjadi raja.

Karya
Cikgu Paradizes