Thursday, 19 March 2020

Pesanan untuk rakan-rakan ( Daripada Amirah Amanina 5 Akaun)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya akan berkongsi mengenai aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang hari bercuti.


1) Kita boleh membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang kita tidak mahir sama ada tajuk f4 atau f5. Perkara ini amat penting supaya kita dapat bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.

2) Kita juga boleh mencari soalan-soalan daripada tahun lepas untuk dijadikan sebagai latihan dan membuat nota-nota kecil yang amat bermanafaat terutama kepada murid tingkatan lima dan tiga.
3) Anda boleh menubuhkan kumpulan WhatsApp dengan kawan rapat dengan mewujudkan video call bagi mengulangkaji bersama-sama.
4) Mengaktifkan aplikasi "google classroom" juga dapat membantu  guru dan murid berkomunikasi di atas talian.
5) Apa kata sepanjang cuti ini kita berkomunikasi dengan guru secara atas talian untuk menyelesaikan kerja kursus. Ia akan memudahkan proses pembelajaran  apabila sesi persekolahan dibuka nanti.
6) Anda juga boleb membaca novel atau buku ilmiah, supaya dapat mempelajari teknik menulis yang baik.
7) Jika anda seorang atlet yang aktif dan telah ketinggalan banyak kelas, saya menyarankan agar anda mengulangkaji bab yang telah dipelajari agar tidak terlepas daripada mana-mana tajuk.
8) Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan youtube mahupun instagram untuk mendapatkan nota dan teknik penyelesaian masalah yang betul misalnya tusyen online, mathsclinic dan edululu

Itu sahaja perkongsian saya. Saya harap dengan perkongsian ini dapat dimanafaatkan oleh semua rakan-rakan saya. Jangan lupa juga untuk menunaikan kewajipan anda sebagai anak dengan menolong ibu bapa. Jaga diri dan kesihatan dengan mematuhi arahan supaya duduk di rumah sahaja bagi mengelakkan penularan penyakit covid 19.


Daripada,

Amirah Amanina
5 Akaun


No comments:

Post a Comment