Terkurung di sini
Bebas namun terikat
Bukan kerana tirai besi
Bukan kerana hukuman berat
Hanya terkurung di penjara baiti
Baru kini kuterasa erti sebuah kebebasan
Baru kini kuterasa makna kesihatan
Baru kini kuterasa maksud kemerdekaan
Yang dilaungkan perajurit terdahulu
Bezanya kini
Kemerdekaan putusnya jaringan covid 19
Ayuh, sahutlah seruan kerajaan!
Patuhilah larangan
Bersatu,
Bukan melawan penjajah
Tapi melawan virus durjana
Meski lautan bergelombang
Kita kemudikan bahtera mengikut nakhoda
Agar berjaya mengharungi ganas samudera
Hari ini makanan dicatu
Hari ini tiada pembaziran
Hari ini
kesihatan menjadi keutamaan
Hari ini sebuah keluarga bertambah erat
Sesungguhnya pasti ada hikmah terselindung
Semoga kita terus kuat
Semoga barisan hadapan juga kekal
bersemangat!
Nukilan
CikguGA
#Stayathome
#PKP
No comments:
Post a Comment